Mengenai Saya

Foto saya
Mencintai sastera, romantis, puitis, suka menulis dan sangat menghargai setiap momen dalam hidup.

31 Disember 2013

Mengenang 2013.

2013 bakal melabuhkan tirainya sebentar lagi. Jujurnya, sepanjang
2013 ini macam-macam yang berlaku. Ada yang mengembirakan hati, dan ada juga yang menguji hati. Untuk hati yang kadang-kadang mendung, apa saja yang perkara kecil yang memberi erti, umpama cahaya
matahari yang menyimbah diri.

2013 ini juga, Maya banyak membeli novel seperti tahun-tahun sebelumnya.
Tapi tahun ini lagi banyak. Buku-buku motivasi pun banyak juga. Ada juga
buku-buku sejarah dan motivasi. Disebabkan buku Maya semakin banyak,
penghujung Julai lalu, Maya pun membeli rak buku baharu. Rak buku Maya yang lama tak muat dah.

2013 ini juga, kira tahun aktif Maya menulis di blog ini. Kalau tahun lepas
langsung tak ada satu pun entri. Rasa bersalah juga apabila selalu membiarkan
blog berlumpur dan bersawang. Pada Maya, blog adalah jiwa.

2013 juga banyak filem yang Maya tonton. Tiap-tiap minggu memburu filem
di panggung. Mujur Maya ada kawan-kawan yang kaki wayang juga. Kebanyakannya
filem tempatan. Kalau filem Inggeris boleh dikira dengan jari. Dan Maya
juga masih meneruskan tradisi mengumpul tiket wayang.

2013, lagu yang paling Maya suka dengar ialah ''Sandiwara Cinta." Maya kalau
sehari tak dengar lagu itu mesti rasa lain macam. Lagu ni sedih kan? Hehe.

2013, kegilaan Maya membeli cekak rambut semakin menjadi-jadi dari 
tahun yang sudah-sudah. Sampai Maya berangan-angan apabila Maya kahwin
nanti, harap-harap Maya ada anak perempuan. Hehe. Dapat mewarisi cekak
rambut pula. Pada Maya, perempuan kalau pakai cekak rambut nampak
sangat manis. Dan Maya juga suka membeli gaun. Kalau tengok wayang, jalan
santai-santai suka nak pakai gaun. Kawan Maya kata, Maya ni terlebih ayu sekarang  Hehe. Dari dulu pun ayu juga. Suka pakai skirt.

2013 ini juga soalan yg paling banyak orang tanya ialah bila nak kahwin. Kalau balik
kampung itu merupakan soalan wajib.

28 Disember 2013

Dari Hati #23

''Untuk merindui masa lalu, saatnya 
sudah tidak sesuai lagi..''

Aku Peluk Malam Dalam Diam.























Aku peluk malam dalam diam. Di tepi jendela aku merenung malam
bersama rasa yang tak mampu diistilahkan. Aku lihat hujan Disember
turun menggila.

Sesekali seluruh alam cerah sesaat oleh pancaran kilat. Daun jendela
aku biarkan terbuka. Tempias dan deru angin galak menerpa.

Seringkali kita manusia mencari sesuatu ketika bumi dibasahi hujan.
Seolah-olah hujan menggugurkan kembali perasaan yang berterbangan
di langit Tuhan.

Di tepi jendela, aku berdoa dalam senyap. Perasaan kita tak pernah hilang.
Akhirnya tetap pulang, menyusup ke sanubari dan kita takkan sendiri lagi.

26 Disember 2013

Kepada Sekeping Hati.

















Kepada sekeping hati yang sepi
Mahukah aku bacakan puisi?
Agar kamu sedari, kamu bukannya sendiri
Kala kamu lelah menghitung hari.

Kepada sekeping hati yang bahagia
Bolehkah aku bertanya?
Jalan manakah yang membawa ku kepada cinta
Aku juga ingin rasa gembira.

Kepada sekeping hati yang rindu
Wajah siapakah yang selalu di hatimu?
Rindu pasti membawa mu ke masa lalu
Pada memori yang bisu dan beku.

20 Disember 2013

Dari Hati #22

''Aku tak mampu menjadi bidadari di 
singgah hatimu. Namun, aku punya cinta 
seindah bidadari untuk sempurnakanmu 
dengan cintaku..''

11 Disember 2013

11. 12. 2013 (Tarikh Cantik)

Tarikh hari ini sangat cantik!(11. 12. 2013) Senang diingat dan sangat indah untuk diabadikan. Jujurnya, hari bahagia Maya nanti, Maya pun nak pilih tarikh yang senang diingat dan cantik macam ni. Dan satu impian Maya, kahwin nanti nak pakai gaun pink dan selit bunga tepi telinga. Hehe.

5 Disember 2013

Tentang Puisi.




















Puisi kadang-kadang
Setiap butir kata itu kosong
Dari fikiran melayang
Di saat waktu sepi di malam hari.

Puisi kadang-kadang
Adalah kata-kata yang amat bermakna
Datang dari hati meluah rasa yang terendam.

Puisi kadang-kadang satu kebohongan
Sekadar menyisip ruang yang terluang
Membuang sisa dalam kefanaan.

Puisi tetap puisi
Lima huruf yang dipuja
Oleh setiap penyair dan pemuja.

Pada aku puisi itu memang indah
Pada waktu musim yang bertaruh
Pada kekosongan kata yang menterjemah
Sebuah lukisan makna.


1 Disember 2013

Hai, Disember!


















Hai, Disember! Moga lirikanmu menerbangkan aku ke puncak keindahan, dan semoga ada memori indah yang aku lakar serta simpan untuk dijadikan kenang-kenangan.

29 November 2013

Filem Penanggal.


























Selepas dua tahun menunggu, akhirnya filem ''Penanggal''yang juga
buah tangan pertama Ellie Suriaty sebagai pengarah menemui penonton
semalam. Lewat petang tadi, Maya sempat menonton filem ini. Ia sebuah
kisah seram klasik. Jujur Maya katakan, filem ini sangat menarik, juga seram
dalam erti kata yang tersendiri.

''Penanggal''mengisahkan tentang seorang wanita naif bernama Murni (Ummi
Nazeera) yang diperturunkan ilmu''Penanggal''tanpa kerelaan hatinya. Ke mana
sahaja Murni pergi, pasti akan ada kematian sama ada peristiwa itu berlaku
di luar kawalannya.

Murni ditakdirkan melalui kehidupan yang penuh cabaran dan kesunyian
akibat ilmu penanggal yang diwarisinya. Malah, dia juga terpaksa berdepan
dengan kemarahan penduduk kampung selepas kematian demi kematian
di kampung mereka.

Suatu hari, Murni dibelasah teruk oleh penduduk kampung. Namun, dia bernasib
baik apabila diselamatkan oleh seorang peniaga Arab bernama Syed Yusof
(Azri Iskandar) Murni jatuh cinta dengan Syed Yusof yang juga merupakan
tunangan kepada Sharifah Zahrah (Fasha Sandha).

Sementara itu, penduduk kampung mula bersepakat untuk mencari penanggal
yang semakin berkuasa di kampung mereka. Murni akhirnya meminta untuk
mati di tangan Syed Yusof, walaupun Syed Yusof menyedarkannya untuk insaf.
Dan untuk filem ''Penanggal''ini Maya bagi 5 Bintang. Sebab best sangat!


28 November 2013

Dari Hati #24

''Seringkali aku teringat hati yang 
bertabur mimpi, menyenangi puisi dan mencintai seni..''

27 November 2013

Cinta.















Ada waktunya, setia sahaja tidak cukup tanpa percaya. Percaya itu telah lama hilang dari hati. Ada waktunya, hati tidak pernah faham bagaimana untuk padamkan cinta. Akal membilang, namun hati menegah. Dan waktu lain pula, cinta tidak boleh berdiam diri. Harus ada lafaz, harus ada ucap.



26 November 2013

Nostalgia.

Mungkin ada banyak nostalgia dalam hidup kita. Kadangkala kita menguburnya selama bertahun-tahun, dan tak pernah peduli mahu menoleh lagi.

Ada ketikanya kita tergali semula tanpa sengaja. Sesekali bukan tidak dikutip cebisan-cebisan silam itu. Malah adakalanya ia menjentik-jentik ruang ingatan. Dan seandainya sejarah dan kenangan itu hadirnya mematangkan,
terima kasih nostalgia kerana membentuk Maya yang hari ini.


25 November 2013

Sang Malam.

Andai malam bisa merisik, pasti bulan akan berbisik. Berbisik tentang cinta, tentang bahagia, tentang manis dan tentang segala-galanya. Menikmati keindahan bulan di malam hari, aku sedar bulan ciptaan Tuhan penuh rahsia.


Jadilah Insan Yang Disenangi.

Dalam hidup ini, jadilah insan yang disenangi. Bukan senang untuk kita menjadi insan yang disanjung dan disayangi. Susun tingkah biar nyata ikhlasny biar dari hati, pasti tidak
menjadi insan yang dibenci.

Sesungguhnya, bukan mudah untuk kita enyelami harfiah kehidupan manusia
yang bermacam-macam ragam. Kadang-kadang susun kata yang disusun disalah erti akan mengundang reaksi orang sekeliling.

Kunci etikanya, jujurlah pada diri, nescaya teguhlah keikhlasan yang diberi dan menjadi peri pekerti yang paling disayangi.



20 November 2013

Hargai Aku ( Armada )

















Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa.

Selalu saja kau anggap aku lemah
Merasa hebat dengan kau yang punya
Kau sombongkan itu semua.

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku.

Seringkali kau merendahkan ku (kau merendahkan ku)
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa.

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku.

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku..

#Kata Hati : Aku jatuh hati dengan lagu ini.Mula-mula
aku dengar lagu ini dalam cerita''Terukir Di Bintang''
(Slot Samarinda) yang mula bersiaran sejak seminggu
yang lalu.

19 November 2013

Cincin Itu Simbolik Penyatuan Dua Hati.

Apabila berbicara tentang cincin kita mesti mengaitkannya dengan
perkahwinan. Ya, tidak kira budaya, agama dan keturunan di dunia
ini, cincin adalah simbolik kepada penyatuan dua hati.

Jujurnya, Maya tak berapa suka memakai
cincin (rimas sikit kat jari), tapi cincin kahwin nanti, Maya mestilah nak pakai. Hehe.

Kata orang, cincin pertunangan itu adalah satu janji, manakala cincin
perkahwinan itu adalah satu tanggungjawab. Semua itu disulami rasa cinta dan kasih. Sebagaimana bentuk cincin yang bulat itu tiada permulaan, tiada titik pengakhiran, begitu juga yang semua orang harapkan dalam perkahwinan. Semuanya inginkan kebahagiaan yang berkekalan abadi.


17 November 2013

Memilihmu.

















Bulan yang sedang separa
Bukan aku
Awan barangkali putihnya abu-abu
Bukan ambisi untukmu

Ketahuilah 
Bukan soal jarak yang memisahkan
Bukan soal raga yang tidak ketemu
Ini tentang hati yang akan tetap sama

Apakah kamu tahu bahawa rindu 
ini selalu memilihmu?

13 November 2013

Sayang Sarawak.

Sayang Sarawak
Bumiku Kenyalang yang indah
Kepakmu yang melambai-lambai
Membangkitkan kekuatanku
Lalu ombak di Pantai Sematan
Seakan menghempas resahku di pasir.

Sayup-sayup senja remang
Ku kirim rindu dari tanjung ke tanjung
Tanda silaturahim yang tak pernah luntur
Ku catat namamu kenyalang
Di dinding kamarku
Agar ia tetap segar.
Sesegar mentari pagi.


Memaafkan Bukan Melupakan.

Jika ada orang tanya, sukarkah untuk kita memaafkan? Pada Maya
jawapannya ialah tidaklah sesukar melupakan. Betul kan? Sebabnya,
memaafkan boleh disebut dengan mudah walaupun belum pasti
maaf yang diucap di bibir itu turut lahir dari hati jika dibanding
dengan melupakan. Mana mungkin semudah kita melafaz kata maaf.

Realitinya, kita manusia dianugerahkan akal dan ingatan memang
tidak mudah melupakan setiap perkara yang dilalui sepanjang hayat.
Malah setiap detik yang dilalui sama ada pahit atau manis kerap
menerjah ingatan kita. Hatta, jika kita pernah terlupa, kenangan akan
kembali bersemarak jika terusik dek sesuatu keadaan ataupun sebab.

Kita berusaha melupakan seseorang yang pernah hadir dalam
hidup kita suatu ketika dulu? Apa kata, tidak perlu berusaha untuk
menghapus kenangan silam sebab sememangnya kenangan silam itu
tidak akan dapat dihapuskan. Kenangan bermaksud perkara yang
telah berlalu. Sama ada pahit ataupun manis, kenangan juga tidak
tidak mungkin akan dapat diulang semula, biarpun fakta kejadiannya
sama, sejarah tidak mungkin tercipta buat kali kedua kerana tarikh
kejadian tetap berbeza.

Namun, kehidupan adalah sesuatu yang berterusan selagi hayat dikandung
badan. Lantas cara terbaik untuk meneruskan hidup bersama kenangan
silam adalah dengan membiarkan minda kita diisi kenangan baru yang
pastinya boleh jadi lebih indah dan membahagiakan. Syaratnya kita
sendiri yang benarkan.

Sebaik-baiknya juga kita harus memaafkan dan berilah peluang kerana
kelak jika kita di tempat yang sama, akan ada orang lain yang memaafkan
dan memberi memberi peluang yang sama. Seandainya kita tidak mampu
memberi peluang setelah dikhianati dan jika itu keadaannya, kita masih perlu
memaafkan. Memaafkan bukan bererti kita melupakan, dan memaafkan
juga bukan bermaksud kita memberi peluang.

Seteruk mana pun kesalahan seseorang itu, maafkanlah walaupun
hakikatnya sukar kita terima. Maafkanlah walau tidak mampu nak
memberikan peluang yang seterusnya. Maafkanlah agar tiada lagi
sakit hati dan dendam membara, tiada lagi rasa tidak tenang dan tidak
tenteram di dalam jiwa.


Dari Hati#19.

''Kamu,kamu tahu tak,
senyuman kamu itu,
semanis gula 10 sudu,
Aku boleh kencing manis tau..''

12 November 2013

Langit Malam.




















Langit malam
Adakalanya diselubungi awan kelabu
Dalam samar bayang
Hanya angin yang menghembus
Mengkhabarkan rasa sendu
Yang datang bertalu.

Langit malam
Kadangkala kehilangan kejoranya
Bila hujan petang
Hadir tanpa diduga
Mencurah segala rasa
Lalu dingin pun menjadi abadi
Tanpa sebuah rela.

Langit malam
Mungkin bukan suatu yang indah dipandangan
Oleh matamu yang jernih
Bukan juga istimewa
Untuk ditatap saban malam
Mungkin tak seperti mentari
Atau purnama yang selalu kamu rindukan
Tapi haruskah ada perbezaan
Jika berdiri dalam satu hukum
Yang dipanggil alam?

11 November 2013

Soalan Susah Nak Jawab.

Bila orang bertanya soalan kepada kita,ataupun kita bertanya soalan
kepada orang,kita tentu inginkan soalan itu berserta dengan jawapannya
sekali.Namun tak semua soalan perlukan jawapan.Kadang-kadang juga
kita hanya mampu memberikan sebuah senyuman sebagai jawapan.

Sejujurnya,soalan yang susah aku nak jawab sekarang ialah ''bila nak
kahwin?''Kalau dulu-dulu orang ada orang tanya aku soalan itu,aku suka
cakap tahun depan,lepas itu aku cakap lagi,sebelum usia aku tiga puluh
tahun aku memang dah kahwin.

Tapi,sekarang dah masuk usia tiga puluh tahun pun belum kahwin lagi.
Bila bercinta asyik tak menjadi.Selalu sangat patah hati segala bagai.
ramai kawan-kawan aku dulu ingat aku dah kahwin.Bila aku kata aku
belum kahwin,mereka pula yang tak percaya.

Dan sekarang bila orang tanya aku soalan''bila nak kahwin?'',aku lebih
suka menjawab,belum sampai seru lagi.Kadang-kadang juga jawapan
aku bergantung kepada siapa yang bertanya,sejauh mana aku rapat
dengan yang bertanya dan sejauh mana orang itu serius bertanya soalan
itu kepada aku.Tapi,kalau emak aku tanya,aku macam dah ada jawapan
standard pula.

Hari itu,waktu aku kecewa segala bagai,cakap kat emak dekat Hp.
''Emak,kalau aku tak kahwin seumur hidup,macam mana lah nanti?Aku
selalu sangat kecewa ni..''Lepas itu,emak aku jawab,''Adalah jodoh itu
nanti.Tak ada orang dekat dunia ini tak kahwin.semua dah ditentukan
jodoh masing-masing''.Alahai,dalam hati kata,Harap-harap masin mulut
emak ini..

Dulu,aku memang terlalu mengharap.Bila bercinta dengan seseorang
itu,yakin sangat yang dia itulah jodoh aku.Tapi,sekarang aku lebih suka
mengambil pendekatan biasa-biasa saja.Kalau boleh aku nak bercinta
selepas kahwin.Maksudnya,sebelum kahwin itu kita buat cara berkawan
saja.Tak payah menabur janji lebih-lebih.Nanti janji entah ke mana,
kecewa pula yang bertandang.

Dan di usia yang cukup dewasa begini,aku hanya mencari cinta sejati.
Aku mendambakan seorang lelaki budiman dan mampu menjadikan aku
seorang wanita yang sempurna..




Sejarah Jiwang Dan Suka Menulis.

Entri kali ini lebih kepada mengulit kenangan tahun yang sudah-sudah.
Ramai yang selalu bertanya kepada aku kenapa aku suka menulis,suka
jiwang-jiwang segala bagai.Dekat Fb ada juga orang ingat aku penulis
betul-betul.Sebab aku selalu tulis puisi,selalu tulis ayat yang ala-ala sastera,
ayat-ayat puitis dan jiwang dekat situ.

Ada yang beri dorongan,kata-kata semangat,suruh aku jadi penulis betul-
betul.Terharu sangat-sangat,sebenarnya.Tapi,untuk jadi penulis betul-betul
itu mungkin tidaklah.Nak menukang sebuah cerpen pun,entah tak tahu bila
siapnya.Tapi kalau menulis puisi itu aku bolehlah sikit-sikit.

Namun jauh di sudut hati aku,aku teringin sangat nak menerbitkan buku
puisi sendiri.Alahai,jauhnya angan-angan aku ini.Teringat aku kata-kata
seorang kawan Fb dekat inbox hari itu,katanya jarang orang bangsa kita
(bangsa iban)pandai dan suka menulis ayat-ayat sastera ini.Dia siap suruh
aku tulis lirik lagu lagi.

Sebenarnya kan,suka menulis aku ini bermula dari suka membaca.Dari
sekolah rendah lagi aku memang sangat rapat dengan buku,majalah apa
semua.Sekarang ini pun,aku gila membeli buku dan majalah.Memang suka
sangat membaca.Lagipun zaman sekolah rendah aku dulu,tahun 90-an
ketika itu mana ada hiburan segala bagai.Tambahan pula bila kita berasal
dari Kampung,tengok tv dan dengar radio sajalah hiburannya.Bila dah selalu
membaca itu kan,tanpa disedari pelan-pelan minat menulis itu hadir dalam
diri aku.

Dari darjah enam lagi aku dah suka menulis ayat-ayat jiwang segala bagai.
Juga suka menulis kata-kata hikmah.Kalau balik kampung hujung minggu,
aku mesti nak pinjam buku cerita lebih dari sebuah.Lagi satu aku sangat
berdisiplin bila nak membaca.Sebelum baca buku itu,aku mesti dah mandi
dan dah makan terlebih dulu.Baru rasa selesa nak membaca dan menghayati.
Alahai,bila aku kenang balik,kelakar pun ada juga.

Waktu sekolah rendah juga,aku selalu ikut pertandingan menulis cerpen
pendek.Pernah juga menang.Selain itu aku suka juga berpantun,suka membaca
sajak.Bila bab-bab nak mendeklamasikan sajak di atas pentas ini,aku memang
ada masalah sikit.Gugup habis bila depan orang ramai.Tapi,cikgu kata mesti
yakin dan jangan gelabah.Adalah sekali dua mendeklamasikan sajak depan orang
ramai dulu.Itu pun depan Emak bapa murid sewaktu majlis penyampaian hadiah.

Dan bila masuk sekolah menengah pula,nak-nak bila tingkatan 4 itu mengambil
pula subjek sastera.Kalau zaman aku dulu,bermula dari tingkatan empat baru ada
subjek sastera.Zaman sekarang tingkatan satu dah ada.Bestnya orang sekarang.
Aku suka sangat subjek sastera dulu.Bila subjek sastera,hati bukan main lagi
berbunga-bunga.Langsung tak mengantuk.Bila subjek sastera,masa belajar itu
rasa macam sekejap saja.

Tapi,kalau subjek Matematik,masa bukan main panjang lagi.Sudahnya aku
dulu selalu mengantuk subjek matematik ini.Waktu sekolah menengah ini pula,
aku cuba-cuba belajar tulis cerpen suka-suka.Tulis untuk diri sendiri baca
sahaja.Itu pun cerpen sekerat jalan.Pernah juga kawan suruh tulis cerpen dan
hantar ke Majalah Sekolah.Mula-mula memang nak.Tulis-tulis punya tulis,idea
pula selalu hilang bila di perenggan yang seterusnya.

Oh ya,aku suka sangat menulis diari waktu sekolah menengah dulu.Tiap-tiap
tahun wajib ada diari baru.Dan yang menariknya,diari aku tiap-tiap tahun asyik
warna yang sama.Iaitu warna merah jambu.Dan mesti nak yang ada bunga-
bunga juga.

Bila dah suka menulis ini,aku selalu juga nak mengintai-intai acara,majlis ataupun
bengkel yang berkaitan dengan penulisan.Tapi selalu juga tak berkesempatan nak
pergi.Tapi,paling aku tak dapat lupa,bila aku pergi mengikuti satu bengkel penulisan
skrip filem yang dianjurkan oleh Finas beberapa tahun yang lalu dekat hotel Hilton
Kuching.Aku salah maklumat,sebenarnya.Itu pun kawan yang bagi tahu.Dia ingat
bengkel itu bengkel penulisan cerpen.Dia tahu aku suka menulis.Itu yang dia
cadangkan aku pergi.

Sampai dekat tempat bengkel itu diadakan (Hotel Hilton),aku tengok orang
semua yang dah berusia.Aku rasa aku seorang saja yang muda remaja.Sumpah,
tak tipu.Aku pun pelik dan hairan,kenapa yang muda-muda tak ada.Risik punya
risik,itu bengkel penulisan skrip filem dan bukannya bengkel penulisan cerpen.
Sudahlah aku tak kenal langsung orang dekat situ.Rasa macam orang asing sekali.
Aku nak balik pun tak boleh juga,sebab dah disuruh duduk itu ini.Siap dah diberi
minuman air mineral percuma lagi.Dalam hati aku kata,''tak apa,ada juga faedah
pergi bengkel macam ini,walaupun tak suka dan tak minat menulis skrip filem
segala bagai..''

Bila aku kenang-kenangkan waktu pergi bengkel itu,mesti aku senyum memanjang.
Walaupun lama sangat dah berlalu,tapi masih segar di ingatan.Nostalgia sungguh
aku rasa..





10 November 2013

Terukir Di Bintang (Yuna)

















Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan ku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia.

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pasti ku nanti
kan...kamu..

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu.

#Kata Hati : Aku sangat sukakan lagu ini.Bait-
bait liriknya sangat puitis dan melodinya pula
sangat indah..

Dari Hati#18.

''Buku,blog,puisi dan menulis.Empat 
perkara yang aku sangat suka.Serius,
suka sangat..''

9 November 2013

Dari Hati#17.

''Aku suka senyum kamu.Kamu 
senyum,aku pun turut tersenyum 
manis..''

8 November 2013

Coretan Pertama Untuk November.

Sudah 8 hari kita berada dalam bulan November.Wah,cepat sungguh
masa berlalu.Aku adalah antara orang yang sangat suka mengatakan masa
sangat cepat berlalu.Entahlah,ayat itu dah macam skrip wajib setiap bulan
pula dah.

Sebenarnya,aku rindu nak mencoretkan sesuatu di sini.Aku suka sangat 
menulis,sebenarnya.Aku tak tahu,asal aku nak menaip di di sini,ada saja
alasan yang aku buat.Penyakit''malas''yang lebih-lebih sebenarnya.

Tapi,bila berfacebook,bertwitter bukan main aku rajin.sungguh rajin.Tiap
selang dua minit mesti nak tweet,tiap selang sepuluh minit mesti nak update
status Fb.Alahai,dah serupa orang tak ada kehidupan dah aku.Ada-ada saja
yang nak dibicara dan diberitahu dekat Fb mahupun twitter.Bermadah dan
berjiwang itulah yang lebih.Perasan nak jadi penulis dan pakar motivasi
sekejap.Hmm..tak habis aku ini berangan-angan.

Sejujurnya juga,dalam banyak-banyak laman sosial yang ada sekarang ini,
aku lebih sayang dan cintakan blog.Sungguh!!.Blog adalah jiwa.Blog tak
sama dengan Fb,twitter apa semua.Tidak sama sekali.Dan mulai saat ini aku
janji dengan diri aku,yang aku akan selalu bertamu di sini.

Aku nak ceritakan setiap momen-momen hidup aku di sini.Pada aku,blog
aku ini ibarat diari.Lagi pun menulis ini sangat bagus,sebenarnya.Ada momen-
momen manis kita tulis dan abadikan.Nanti di hari-hari yang mendatang,dapat
juga dibaca oleh anak cucu kita.Sekurang-kurangnya aku selalu berfikir begitu.

Sekarang ini aku sedang dalam fasa nak mengedit singkatan ejaan dalam entri
aku yang terdahulu.Dari singakatan aku jadikan ia sebagai ejaan penuh.Dulu aku
suka menaip dengan meletakkan nombor dua dihujung perkataan yang berulang.
Aku rasa ia tak berapa nak bagus digunakan dalam menulis.




26 Oktober 2013

Hari Jadi.

[..26.Oktober.2013..]

Cepat sungguh masa berlalu,hari ini bertambah setahun lagi
usia aku.Doa aku,tetaplah payungi aku dengan ketenangan,
diantara hujan kesedihan dan bayu kerusuhan.Dakaplah aku
dengan kasihmu,diantara malam-malam keliru dan subuh lesu.
Terima kasih Tuhan,meminjamkan ku segala-galanya..

21 Oktober 2013

Dari Hati#16.

''Mungkin kerana terlalu rindu,Aku 
seakan-akan terdengar suara kamu 
menyebut nama aku.Pelik..''

20 Oktober 2013

Dari Hati#15.

''Satu hari nanti...Aku harapkan
yang terbaik saja dalam hidup..''

Dari Hati#14.

''Aku bertanya pada diri sendiri,''ini 
ujian atau petunjuk?''Apa yang diuji
apa yang ditunjuk?''.Aku tak dapat
jawapan jitu..''

Dari Hati#13.

''Selagi angin berhembus,selagi itulah 
akan kubisik kerinduan ini..''

Dari Hati#12.

''Biarlah sepi ini menemani 
rindu yang berlalu..''

Dari Hati#11.

''Barangkali,cinta harus tahu diri.
Saat aku mulai mengejar,kamu 
malah jauh berlari..''

Dari Hati#10.

''Amat pedih melindungi kelukaan hati
sendiri.Dengan senyuman senda dan 
gurau ketawa.Diri seperti sekam dan 
api.Akhirnya terbakar sendiri..''

Dari Hati#09.

''Hai hati sendiri.Rindu,rindu ini nak 
pergi mana?Tak cukup patah hati lagi
ke selama ini?Boleh tak pindah ke lain 
hati,cari pengganti?''

20 September 2013

Senyum.

Senyum itu perlu untuk menjadi ubat
Untuk lupa segala yang pernah ingat
Walaupun kelat,perlu kuat
Barulah kita nampak hebat
Dimata Penjahat!





Hidup.

''Hidup ini umpama sebuah coretan yang panjang.Apabila tangan
keletihan,Pena akan berhenti menulis..''-Maya..






Dari Hati#08.

''Seulas senyuman,sekilas pandangan
adalah bicara sepi dari lubuk hati..''

19 September 2013

Setia.



















Kejauhan ini mengajar kita setia
Pada rasa memiliki
Pada nikmat merindui.

Kejauhan ini mengajar kita setia
Pada bahagia yang Tuhan janji
Pada jalan penyatuan suci.

Tenanglah
Aku akan selalu menemuimu
Kerana mencintai
Telah menghadirkanmu
Dalam jauh dekatnya..


Dari Hati#07.

''Kita hanya mampu merancang,Dia 
jualah yang menentukan segala-galanya..''

17 September 2013

Episod.
















Menjadi episod dalam hidupku
Semoga kau tidak akan luput
Di celah ribuan kenangan.

Harapnya suatu hari nanti
Andai kita masing-masing
Teringat ada yang terkulum
Tidak terungkap di luar hati
Kita akan terus tersenyum
Merasa sesal sampai mati
Memendam rahsia diri.

Kerana kita hanya episod
Dalam hidup dan kenangan
Tidak mati biarpun diabaikan..

Dari Hati#06.

''Jodoh itu rahsia Tuhan.Dan jika 
Dia mengatakan aku untuk kamu 
dan kamu untuk aku,itu bermakna
jodoh itu milik kita..''

16 September 2013

Sang Pungguk.


























Manakan sepadan
Yang bertenggek di dahan
Dengan yang di celah awanan.

Sedang termimpi
Tetap termimpi
Bukan tidak bermimpi.

Manakan sepadan
Yang memuja awanan
Dengan yang merenun di daratan.

Sudi mengharap
Tidak berharap
Bukan dikatakan berharap..

Dari Hati#05.

Ku intai bayangmu dalam 
mimpiku,untuk bertemu aku kelu..''

Bicara Sang Bulan.




















1)Bulan menyimpan seribu kenangan di dada langit dan tak mungkin
bertaburan.

2)Bulan tersenyum di balik Awan kelam,mungkin ada yang mengerti nanti.

3)Tak mungkin bulan menunjukkan keceriaan tanpa hadirnya bintang cinta.

4)Andainya bulan bersembunyi di tabir awan,mungkin di saat itu bulan
dalam kesedihan.

5)Andainya bulan bisa berbicara,sudah tentu pungguk takkan jadi penunggu.

6)Cantik seindah bulan,bulan tenang di balik awan.

7)Apakah kebahagiaan bulan dapat dikongsi bersama pungguk yang rindu?

8)Bulan berbicara,namun bintang tetap membisu.Menatap langit,melaut
rindu.Sampaikan salam khabar ini untukmu.

9)Bualan Sang Pungguk yang sentiasa merasakan keindahan cahaya bulan
memberikan satu kedamaian untuknya.

10)Apakah mungkin bulan mengerti,mendungnya awan seperti gelisahnya
apa yang ada di hati.

11)Ku pasti resahnya bulan bukan kerana Sang bintang.

12)Walau di mana pun kita berada,kita tetap memandang bulan yang sama.

13)Andainya bulan dapat menunaikan janjinya pada Sang Pungguk,tentu
terbangnya setinggi Awan.

14)Bulan tak pernah tahu kesetiaan Sang Pungguk.

15)Mengintai cahaya bulan antara nampak biar kerinduan.

16)Walaupun bulan masih tidak nampak jelas,namun cahayanya sudah cukup
menyimbah permukaan bumi.

17)Ku pandang bulan di hujung langit,melepaskan resah rindu bersama
simpulan janji yang semakin terbuka ikatannya.

14 September 2013

Dari Hati#04.

''Dalam banyak-banyak benda mati,aku
pilih untuk jadi payung.Sebab aku tahu
setiap kali hujan,kamu akan cari aku..''

Sang Bulan.

















Sang Bulan..
Lama berselimut rindu
Apakah kau mahu
Kali ini dengan sayap
Melarikan aku dari matanya
Sembunyikan aku dari jalannya
Yang mana menjauhkan
Dari sujud yang telah dihujung
Dan air mata disela jemari
Yang menjelma doa.

Bunga.

















Bunga..
Tetaplah kembang dan menawan
Angin semasa yang mengoncang
Hanya sebatas sukar dari kesempurnaan.

Bunga..
Tebarkan harumanmu merata
Tanya mereka
Merangkai bahagia pada siapa?
Tak mengapa
Kerana bukan mereka yang mengira.

Bunga..
Mekarmu bukan sia-sia
Pada kumbang dan juga semesta
Harum dan mewangilah pada tangkai usia
Sebelum musim singgah menyapa
Bawa harummu di angin semasa..

Keinginan.

Aku ingin menjadi hal-hal yang sederhana dalam hidupmu.
Seperti matahari yang menghangatkan jemuran baju-bajumu.
Menjadi bantal yang menyamankan letak kepalamu.
Menjadi gula yang memaniskan cawan kopimu.
Menjadi kasut yang tak menyakitkan kakimu.
Menjadi pelupuk yang selalu melepaskan keletihan sepasang matamu.
Dan menjadi jiwa yang mengahwini seluruh jiwamu,seusia waktuku..

13 September 2013

Dari Hati#03.

''Dari jendela penantian,debunga 
cinta tetap mekar bila dibaja rasa rindu..''

12 September 2013

Belajar Mencintai Seseorang.


Apabila kita mula belajar mencintai seseorang,kita akan
membenarkan hati kita dilukai sewenang-wenangnya
oleh orang yang kita cintai.

Bukankah hanya orang yang disayangi mampu melukai hati
orang yang menyayangi?

9 September 2013

Dari Hati#02.

''Untuk apa disembunyi rasa 
hati yang terlukis di jendela mata..''

8 September 2013

Dari Hati#01.

''Tiada ucapan tiadalah tulisan,
yang ada hanyalah perasaan..''

Di Antara Kita (Wahid & Eisya)


















Di antara kita
Tersimpan satu
Rasa cinta oh..
Andai kita disatukan
Maka terjalin sebuah ikatan

Di antara kita
Memang punya
Citarasa yang sama
Kita pastikan bersama
Walaupun masa belum menentukan

Engkau dan jua aku
Jangan dipisahkan
Tiada yang rela

Pertahankan jua
Perhubungan kita
Selagi terdaya

Berdoalah kita
Agar tali kasih ini
Agar tali kasih
Ini direstui oh..
Jujur dan saling percaya
Haruslah ada dalam bercinta

Akan aku berjanji
Takkan aku mungkiri
Itulah yang pasti
Engkau takkan ku duakan
Kerana di antara kita
Punya cinta yang sama

Kau dan aku akan bersama
Tiada yang dapat memisahkan kita.

#Kata Hati : Aku sangat sukakan lagu ini.
Liriknya santai dan melodinya sangat indah.
sungguh!!.Dengar banyak kali pun tak jemu.

7 September 2013

Cinta Itu..

Kadangkala,orang yang paling kita cintai adalah orang yang
paling banyak menyakiti hati kita dan kekadang teman yang
bersama kita susah senang,yang selalu ada di saat kita sedang
berduka,yang sentiasa mengambil berat tentang diri kita adalah
cinta yang kita tak pernah sedari kehadirannya.

Apa kata,cuba prihatin dengan teman sekeliling,kerana mungkin
di situ sebenarnya cinta yang kita cari selama ini..


6 September 2013

Lelaki Dalam Hati.

























Habis secawan kopi pekat
Otak aku masih kurang ligat
Hari sudah jauh lewat
Hmm..gawat!

Sekali lagi pen ini aku angkat
Cuba menulis ayat
Yang terhenti sekerat
Mencari idea lebih tepat
Hmm..gawat!

Beginilah setiap kali
Bila kata cuba aku cari
Pasti terhenti
Tak terkata
Kerana mungkin
Kau cinta sejati
yang tak perlu kata
Untuk buktikan yang aku cinta..


Masa.

Andai masa milik aku
Akan aku ketepikan
Lebih dari separa buat kamu
Tapi,Bukankah masa itu mudah cemburu?

Sepi Dan Rindu.

Sepi dan rindu sering bersama.Bila sepi bertamu,pastinya
rindu akan menemani.Di sana,hati akan turut tersentuh,
Rindu!!.

Namun bila sepi bertemu rindu,tiada rasa yang dapat
memujuk hati,tiada kata yang dapat memeluk sepi.Hanya
kesedihan yang menyapu kesedihan titisan itu.Dan sepi
akan menjadikan rindu teman hatinya.Sepi itu rindu.

5 September 2013

Masa Mengubah Segalanya.

Masa merupakan jangkauan waktu yang pasti ditinggalkan.Pasti
ketika langkah diteruskan,ditinggalkan bersama pengalaman
dan kenangan.

Masa sering dikaitkan dengan kehidupan.Masa akan memberi
kita ruang untuk mengingati pengalaman dan kenangan.Juga
penderitaan dan kekecewaan sering dikaitkan dengan masa.

Masa akan mengubati segala duka dan ia juga membalut segala
kekecewaan.Namun ada ketikanya,ada beberapa perkara tidak
boleh diubati dengan masa..




Bicara Inspirasi#01.

1)Kejujuran mungkin terasa pahit,tapi itu hanya sementara.Dan
di sebalik semua itu nanti,pasti ada manis yang kita rasa.

2)Jangan pernah memberi harapan jika kita tak pernah yakin.
Kerana harapan yang disia-siakan itu meyakitkan.

3)Janganlah menunda penyelesaian,kerana ia akan mendatangkan
masalah baru.

4)Seseorang yang mencintai kita tak akan pernah melukai kita,
namun terkadang kita melukai dia dengan mencintai orang lain.

5)Memiliki segalanya bukan jaminan untuk bahagia.tetapi
jika kita dapat menerima kekurangan dan mensyukuri
kelebihan,itu adalah kebahagiaan.

4 September 2013

Sepetang Di Cafe Biblioholic.


























Malam sabtu yang lalu,Aku baru usai membaca novel ini.Perkenalan
aku dengan novel ini lewat June yang lalu kalau aku tak silap.

Waktu itu aku berkelana dekat internet,aku terjumpa blog penulisnya.
Aku suka membaca blognya.Baca punya baca,terjumpalah kisah tentang
novel ini.Aku jatuh cinta dengan novel ini.sungguh!!.

Novel ini aku beli sewaktu kunjungan aku ke kedai Buku Popular City
One lewat seminggu yang lalu.Ceritanya sederhana.Maksudnya bukan
kisah yang berat-berat.Dan yang paling aku suka dalam novel ini ialah
kafe,kopi,teh,hujan dan Editor.Dan sesungguhnya ia sebuah kisah ringkas
dan disampaikan dalam bahasa yang sangat lembut.

3 September 2013

Rindu.

''Rindu boleh melenyapkan masa lalu,tapi masa
lalu belum pasti dapat mengubati rasa rindu..''~Maya..


20 Julai 2013

Kehilangan (Firman )


















Ku Coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa telah kehilangan
Cintamu yang telah lama hilang
Kau pergi jauh kerena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahawa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Tak kan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahawa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Tak kan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)

#Kata Hati : Aku sangat sukakan lagu ini.Kena
dengan jiwa yang sentimental.Dan melodinya
sangat indah..

22 Mei 2013

Seandainya Aku Seorang Penulis.

Malam terasa cepat berlalu.Dan malam ini tiada sang bulan kelihatan,
begitu juga dengan sang bintang.Langit malam benar-benar suram.Agak
lama juga aku tak bertamu di sini.

Kata nak jadi penulis,nak jadi blogger yang terbaik.Tapi semuanya tinggal
angan-angan.Alahai,jauhnya aku ini berangan-angan.Hehe..sampai Bumi
India dah angan-angan,sebab teringin sangat nak melihat Taj Mahal.

Dulu-dulu penulis memang cita-cita yang aku impikan.Cita-cita pertama
tentulah nak jadi seorang guru.Aku selalu berangan-angan,kalau jadi cikgu,
ada masa terluang aku akan peruntukan masa dengan menulis.Tapi cita-cita
semuanya tinggal debu sepi.Dan kalau aku seorang penulis,aku nak jadi
penulis yang berjaya,penulis yang bukan syok sendiri.

Tiba-tiba aku teringat dengan seorang kawan dekat Fb.Dia ada inbox aku
dan bertanya,sama ada aku ni seorang penulis.Terus terang aku beritahu,aku
bukan seorang penulis,cuma aku suka menulis hanya untuk suka-suka sahaja.
Rupa-rupanya update status aku di fb yang lebih kepada ayat-ayat sastera
yang membuatkan dia ingat aku seorang penulis.

Sebenarnya ramai juga orang ingat aku seorang penulis.Dia sempat juga
menitipkan kata-kata nasihat dan menyuruh aku menulis novel sekali.Pada
aku,menulis novel terlalu jauh untuk digapai.Tapi orang kata juga,tiada yang
mustahil andai kita rajin berusaha.Sungguh,kan?






16 Mei 2013

Andai Dapat Ku Undur Masa.

Malam ini tiba-tiba pula aku nak berbicara tentang masa.Aku rindu
masa dulu-dulu.Rindu zaman persekolahan.Sementelah hari ini hari guru.

Aku menyesal sangat kenapa aku bersikap sambil lewa terhadap masa
depan lewat beberapa tahun yang lalu.Kalau tidak mungkin aku dah jadi
cikgu sekarang ini.Nak menyesal lebih-lebih sekarang ini pun tiada gunanya.
Benar kata pepatah,sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.

Andai dapat ku undur masa ingin ku kembali ke saat-saat waktu bergelar
pelajar dulu.Kadang-kadang aku pelik,cita-cita nak menjadi seorang
guru masih kuat bertapak di hati sanubari,sedangkan semua itu tak akan
mungkin menjadi realiti..


13 Mei 2013

Sandiwara Cinta (Republik)

















Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mahu menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua telah jelas berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi 
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang engkau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa,ceritanya apa,aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua telah jelas berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi 
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua telah jelas berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati 
Ku terima walau sakit hati..

#Kata Hati : Aku sangat sukakan lagu ini.
Bait-bait liriknya sangat menyentuh hati,
menggugah jiwa.Sungguh!!.

12 Mei 2013

Keabadian Cinta (Anuar Zain)

















Selembut bicara
Sehalus sentuhanmu
Layangan pesonamu
Tak mungkin ku lupa jelingan pertama
Nan indah penuh bermakna
Akan ku sahut cintamu itu
Bersama kita menuju bahagia

Takkan lagi ku sendiri
Kasih yang berlabuh kini
Terasa keabadian cinta kau beri
Mungkinkah daku bermimpi
Sebahagia begini
Ini bukan ilusi oh..kasih

Seindah irama
Gemersik suaramu
Mengalun sepiku yang merindu
Akan ku sahut cintamu itu
Bersama kita menuju bahagia

Tuhan merestui
Bahagia begini
kasihmu nan suci..

#Kata Hati : Aku sangat sukakan lagu ini.
Jiwang dan Sangat sentimental..

5 Mei 2013

Coretan Pertama Untuk Mei.

Mei memasuki hari kelima.Aku tak tahu kenapa aku semakin malas
meng''update'' blog sekarang ini.Walhal pertengahan April hari itu aku
janji dengan diri aku,yang aku akan ''update'' blog setiap hari.Tapi
semuanya janji tinggal janji.

Bila merapu segala bagai di Fb,rajin pula aku. Tiap-tiap hari ''update''
status Fb.Kalau tak buka Fb,rasa macam kurang semacam,rasa macam
ada sesuatu yang hilang.Tapi kadang-kadang Fb pun buat aku jadi jemu
juga.Entahlah,lumrah hidup,barangkali.Dua tiga hari ini juga,jiwa kacau
sedikit.Macam klise bunyi nya kan,jiwa selalu saja kacau bilau.

Hari ini juga sibuk orang update status Fb tentang mengundi.Aku..?
Sejujurnya aku belum lagi mendaftar sebagai pengundi.Bukan tak nak
ambil tahu soal politik ka apa.Entahlah,mungkin terikut-ikut dengan
kawan-kawan,barangkali.

Tiba-tiba pula aku teringat dengan lagu''Mengundi'' yang selalu dimainkan
di tv3 sejak kempen mengundi ini.Bait-bait liriknya nampak santai dan
bersahaja.Namun amat bermakna dan penuh inspirasi.






24 April 2013

Cinta itu Kurnia.

Sesugguhnya,cinta itu satu kurniaan tuhan.Apa yang pasti dirimu
tetap ku nanti selagi mentari mengintai hari.


21 April 2013

Coretan Rindu.

Dari mana hendak dimulakan.Entah siapa pula untuk diberitahu.
Biarlah aku coretkan semuanya di sini.Agar tiada yang ambil peduli.

Yang sebenarnya,hati ini sangat-sangat rindu.Rindu pada seseorang
yang telah pergi dari kehidupan ini.Rindu pada seseorang yang jauh,
namun masih dekat di hati.

Rindu pada seseorang yang ada,namun entah di mana.Rindu pada
seseorang yang ada,namun tak tahu bagaimana nak dihubungi.
Apakah akan aku khabarkan kepada hati..?


Mimpi Semalam.

Semalam aku bermimpi tentang cinta.Bertemu rasa hati.Ku renung
jauh tatkala mentari senja berlabuh.Rasa dibuai syahdu,mengenang
cinta yang lama dah berlalu.

Terlalu rindu.Rasa yang sayu.Menggamit sayang yang pergi.Terlalu
sedih dan terharu.Rasa itu selalu hadir menyapa.Mungkin detik hati
selalu mengingati dirinya.Kerana kehilangannya sukar dipinta.Kerana
pemergiaannya sukar dijangka.

Semalam aku bermimpi tentang rindu.Hati berbeku dan merayu.Ingin
sangat nak bertemu dengan dirimu.Biarpun hanya seketika,rindu ini
hanya untukmu.



19 April 2013

Tentang Jodoh Dan Sahabat.

Malam ini sangat suram.Langit malam sunyi sepi,tiada bulan tiada bintang.
Sesepi hati aku ketika ini.Entahlah,mungkin aku sengaja membiarkan hati
aku sepi tanpa cinta.Aku pun tak tahu.Ataupun aku yang  takut terluka lagi?
Hmm..tak juga,luka di hati aku pun dah sembuh,walaupun tak sepenuhnya.

Jujurnya juga,dalam perhubungan,aku amat pentingkan keserasian.Aku
sangat mencintai seni.Aku berharap sangat andai ditakdirkan aku berkahwin
nanti,biarlah seseorang itu mencintai seni seperti aku.Tak banyak seni yang
ada padanya aku minta,cukuplah dia seorang pencinta filem,pencinta muzik
ka,ataupun pencinta puisi.

Buat masa ini juga,aku lebih suka berkawan dengan semua orang.Mencari
keserasian,saling mengenali.Harap-harap dipertemukan di penghujungnya
nanti.Aku berharap sangat selewat-lewatnya,penghujung tahun depan aku
memang dah kahwin.

Terlanjur dah berbicara di sini,aku nak cerita juga tentang siang tadi.Siang
tadi aku bertemu dengan seorang kawan aku.Lama jugakami tidak bertemu.
Patricia namanya.Kami memanggilnya dengan nama Pat sahaja.Dia seorang
kawan yang baik dan peramah.Ramai orang memuji keperibadiannya.Tak
mudah melenting bila diusik ataupun ada sesuatu yang tak kena terjadi padanya.

Dan sempat dia tanya aku,dah kahwin ke belum.Tentulah aku jawab belum.
Cepat-cepat dia bersuara dan menyuruh aku kahwin cepat-cepat.Alahai,
dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu,bila orang selalu tanya aku,bila nak
kahwin.Sebak semacam rasanya.Sama seperti ketika aku melihat orang yang
kahwin,tak kiralah dalam Majalah ka,tv ataupun di alam realiti.Aku sebak dan
sentimental sangat-sangat.

Berdasarkan risikan-risikan aku sebelum ini,ramai kawan-kawan aku yang
dah kahwin.Dah anak lagi.Tapi ada juga yang belum kahwin.Teringat juga aku
dengan seorang kawan aku waktu sekolah dulu.Dia sekarang kerja dekat
Poliklinik di Sarikei.Selalu juga berhubung dekat Fb.Kadang-kadang bercerita
tentang jodoh.Dia pun belum kahwin lagi.Selalu juga dia mengeluh,susahnya nak
bertemu jodoh ni.Aku selalu katakan pada dia,satu hari nanti jodoh pasti akan
datang jua.



18 April 2013

Cita-Cita Yang Tak Kesampaian.

Malam ini aku tiba-tiba nak bercerita tentang cita-cita.Entahlah,aku
kecewa sebenarnya.Kecewa cita-cita nak menjadi seorang guru tak
kesampaian.

Aku minat sangat dengan profession perguruan ini.Benar kata orang,
sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tak berguna.Nak dikatakan
SPM aku tak bagus tak juga.Cuma Matematik aku memang teruk
habis.Aku langsung tidak pandai matematik.sukar untuk aku menyemai
kasih,memupuk rasa cinta kepada matematik.Sebab aku memang tak
minat langsung.

Usai SPM,pernah juga isi borang masuk Maktab.Tak juga pernah
dapat-dapat.Patah hati jangan disebut.Memang patah dan kecewa
sangat-sangat.Walaupun hampir 13 tahun berlalu,namun cita-cita
untuk menjadi seorang guru masih kukuh di hati sanubari.Entahlah,
sebab itu memang dah cita-cita aku sejak dulu lagi.

Dan cita-cita kedua aku dulu ialah nak menjadi seorang penulis.Aku
suka sangat menulis.Tapi untuk menulis novel aku tak yakin lagi.Aku
suka menulis puisi,cerpen dan ayat-ayat puitis.Jiwa tenang sangat-
sangat saat meluah isi hati melalui puisi.

Walaupun cita-cita aku nak menjadi seorang cikgu tak kesampaian,aku
berharap sangat bila aku dah kahwin nanti,aku nak anak-anak aku jadi
cikgu pula.Bayangkan kalau aku ada orang anak,kedua-duanya menjadi
cikgu,mesti aku orang yang paling gembira sekali.Ia aku ibarat pengganti
kepada cita-cita aku yang tak kesampaian dulu.

Tapi kalau jodoh aku dengan seorang cikgu macam mana pula ya..?
Tak dapat jadi cikgu,kahwin dengan cikgu pun tak apa.Hehe..tapi
tidaklah aku tergila-gilakan sangat dengan lelaki yang jadi cikgu ni,ialah
jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan.




16 April 2013

Cinta Pertama.




















Malam ini dirimu hadir lagi
Menghiasi mimpiku yang cukup indah
Pertama kali kita bertentang mata
Hatiku terusik
Wajahmu ku tatap
Dalam diam cinta berputik.

Hadirmu hanya dalam mimpi
Sampai bila aku harus menanti
Mungkinkah ia akan jadi realiti
Ataupun hanya mainan ilusi.

Berapa lama harusku
Mengintai cinta dalam rahsia
Izinkan diriku mencurahkan
Kasihku kepadamu
Agar kau tahu
Betapa sucinya cintaku kepadamu..

12 April 2013

Jiwa Kacau.

Dua tiga hari ini,fikiran aku selalu tak menentu.Entahlah,macam-macam
yang aku fikir.Fikir tentang seseorang,fikir tentang masa depan,lagi-lagi
fikir tentang jodoh.Jujur aku katakan,sekiranya penghujung tahun depan
aku belum juga bertemu jodoh,aku rasa lebih baik aku menyendiri seumur
hidup.Aku dah patah hati dan putus harapan dengan jodoh.

kadang-kadang aku rasa hidup ini seolah-olah tidak adil.Orang lain bahagia,
kita pula sebaliknya.Cinta datang dan pergi.Kadang-kadang bila aku dah
suka,sayang dekat seseorang itu,orang itu pula macam sambil lewa dan tak
serius dalam perhubungan.Dan bila ada orang yang serius sangat sukakan
aku,aku pula yang macam tiada perasaan dekat orang itu.

Apakah aku yang terlalu memilih ataupun sebaliknya?Dalam hidup,memilih
itu perlu kan?Kita kahwin bukannya untuk sehari dua,tapi seumur hidup.Lagi
pun keserasian sangat penting dalam perhubungan.

Tentang seseorang...Ya,seseorang ini selalu saja bermain di ruang ingatan
sejak awal April lalu hinggalah ke saat ini.Perkenalan pun belum sampai 
sebulan.Selalu jugalah bersembang dekat Fb.Aku amat menyenangi
keperibadiannya walaupun tak pernah bersua.Aku dapat merasakan dia
seorang lelaki yang baik.

Aku tak pasti dengan perasaan aku,kenapa aku tiba-tiba rindu sangat dengan
dia.Pelik kan perasaan ini?Tak semua orang yang kita kenal membuatkan kita
jadi rindu segala bagai.Sebab itu aku selalu kata,rindu itu satu anugerah.Apa-
apa pun,semoga rindu ini akan terlerai dengan sendirinya nanti.Biarkan ia
berlalu dengan sendirinya.

Semalam juga ada sesuatu yang telah berlaku.Adakah patut aku tersalah
komen dekat Fb.sebenarnya skrin hp aku tu sensitif sangat-sangat.Aku nak
komen status kawan aku seorang ni,macam mana pula komen itu tiba-tiba
pandai dekat status kawan aku seorang lagi ni.

Masalahnya,kawan aku ini pernah berhubung dengan aku dulu,tapi hanya
seketika.Dia menyepi,aku pun menyepi.Tup-tup dengar cerita dia dah ada
kekasih.Aku pun tumpang gembira dengan kebahagiaan dia.Dan yang buat
aku pelik,dia ''like''juga komen aku itu.Malu yang teramat sangat.Belum
pernah dalam sejarah Fb aku tersalah komen ka apa.Tapi komen itu aku dah
delete dah.Aku harap dia tidak fikir yang bukan-bukan tentang aku.Harap-
harap begitulah hendaknya..


5 April 2013

Berubah.

















Hari ini suka
Esok tak suka.

Hari ini cinta
Esok tak cinta.

Hari ini benci
Esok tak benci.

Hari ini musuh
Esok tak musuh.

Manusia
Selalu berubah
Dan akan selalu berubah..

3 April 2013

Biar ku Simpan Rindu Di Hati.

Entah mengapa aku rasa rindu sangat.Rindu dengan sapa,aku pun tak
berapa nak pasti.Memang perasaan ini pelik kan..?sebenarnya,aku rindu
sangat dengan seseorang ni,kenal baru beberapa minggu aja.Selalu juga
bersembang dekat Fb.

Mungkin aku merasakan yang aku dengan dia ada sesuatu,ada keserasian
yang menyelinap dalam hati.Entahlah,ingin sangat aku katakan pada dia,
yang aku sangat merinduinya.Tapi,lidah selalu kelu.Lagipun aku dengan dia,
hanya kawan.

Entah-entah dia dah ada kekasih.kawan aku kata,mustahil org macam dia
tidak ada kekasih.Tapi,sampai bila rindu ini akan berterusan begini..?Sampai
menyeksa jiwa raga?Benar kata org,dalam banyak-banyak kategori rindu,
rindu yang tak mampu nak diluahkan adalah rindu yang sangat menyeksakan.

Aku cuma berharap,semoga rindu ini akan ternoktah dengan sendirinya
nanti.Biar masa yang melenyapkan segala-galanya.Sibukkan diri,usah terlalu
mengikut kehendak hati yang selalu ingin merindu.

Sebenarnya juga,rindu itu satu perasaan yang harus dihargai.Rindu itu juga
satu anugerah.Kerana dalam banyak-banyak orang yang kita jumpa,kita
kenal,tak semua boleh membuatkan kita jadi rindu.Apa-apa pun,biar ku
simpan rindu ini di hati..

18 Mac 2013

Terkilan Dengan Sikap Sesetengah Orang.

Dalam hidup ini agak susah sekali kita nak berjumpa dengan orang yang
benar-benar jujur dan ikhlas.Lebih-lebih lagi dalam perhubungan.Tak kiralah
sama ada hubungan persahabatan,percintaan dan  yang sewaktu dengannya.
Sebenarnya aku agak terkilan dan kecewa dengan sikap sesetengah orang
yang suka sangat berbohong dan menafikan sesuatu.Tapi taklah kecewa
sampai macam orang yang patah hati itu.

Ceritanya,aku ada kenal seseorang ni,berkawan saja,tak lebih dari itu.Dia siap
kata,dia tak ada kekasih,maksudnya belum berpunyalah itu.Tapi,jauh di sudut
hati aku,mengatakan dia dah berpunya.Orang zaman sekarang juga susah nak
mengaku ada kekasih.Andai dia jujur dalam persahabatan,tentu dia akan
berterus terang.

Dan risik punya risik,memang sah dia dah berpunya.Orang jauh,tapi tak jauh
mana pun dari tempat dia sekarang.Mungkin dia tahu,dia menipu aku.Sejak
dari itu,hubungan persahabatan kami semakin jauh.Mesej,bertanya khabar juga
semakin sepi dan terus menyepi.Banyak juga persoalan,yang bermain di ruang
ingatan aku.kenapa dia tiba-tiba menyepikan diri.Mungkin dia takut aku ''jatuh
cinta''padanya ataupun dia yang takut, ''terjatuh cinta'' dengan aku.

Entahlah,tapi,bila aku fikir-fikirkan,ada baiknya juga kami terus tidak berhubung.
Takut nanti makin banyak hati yang akan terluka.Apa-apa pun,aku tetap mengingati
dia sebagai seorang sahabat dan aku tetap mendoakan kebahagiaan dia bersama
seseorang yang dia cintai.

16 Mac 2013

Setahun Lebih Menyepi Di Sini.

Hampir setahun lebih lamanya aku tak menitipkan kata-kata di sini.Rindu
dan terlalu rindu.sungguh!!.Terlalu banyak yang aku nak ditulis sebenarnya.
Kalau ditulis semua,seminggu pun belum tentu habis.Setahun yang lalu,ada
yang pahit,ada yang manis aku lalui.

Januari 2012 yang lalu,aku ada bertemu dan kemudian bercinta dengan
seseorang selepas aku putus cinta penghujung September 2011 yang lalu.
Tapi,entah kenapa semakin hari,aku semakin merasakan tiada keserasian
dalam perhubungan kami.Minat pun tiada yang sama,kadang-kadang selalu
bergaduh.Akhirnya hubungan itu pun semakin hambar.Mungkin kami lebih
sesuai sebagai kawan sahaja,barangkali.Dan bila dah jadi macam itu,maka
harapan nak berkahwin penghujung tahun ini pun hanya tinggal harapan.Aku
redha,mungkin dia memang bukan jodoh aku.

Setahun yang lalu juga,seperti biasa,bertambahlah koleksi buku-buku aku.
Tapi novel lah yang paling banyak.Menguasai segala carta genre buku.Ada
juga buku-buku motivasi.Ada juga yang belum sempat aku baca lagi.Kadang-
kadang kesungguhan membeli itu mengatasi kesungguhan nak membaca.kata
orang,itu semua lumrah.

Sepanjang tahun lepas juga,aku suka sangat membeli dan mengumpul cekak
rambut.Sekarang pun masih lagi suka membeli.Tak tahu kenapa.kalau ikutkan
yang dipakai,beli satu ataupun dua dah cukup.Aku pantang tengok cekak rambut,
mesti nak beli.Nak-nak lagi kalau ada yang berwarna merah jambu.Sekarang
aku jarang mengikat rambut.Aku lebih suka membiarkan rambut aku terurai
begitu saja.Dan aku lebih suka megenakan cekak rambut.Rambut pun tak ada
kesan ikat apa semua.Nampak lurus secara semulajadi.

Setahun yang lalu hingga sekarang juga,aku dapat rasakan yang aku semakin
matang sedikit dalam menulis.Walaupun hanya menulis suka-suka,menulis
ikut suka hati.Aku rajin juga menulis puisi.Menulis cerpen,tapi hanya menukang
separuh-separuh.Dan aku juga masih meneruskan tradisi aku dulu,yang aku
sangat suka menulis kata-kata puitis dan madah-madah pujangga.Minat yang
susah nak ditinggalkan itu,sebenarnya.Sampai penuh garis masa dekat Fb di post
dengan ayat-ayat puitis yang entah-entah apa.

Dan mulai dari saat ini,aku berjanji dengan diri aku,yang aku akan selalu
bertamu dan berkunjung ke sini.Pada aku,mana yang baik,yang manis elok kita
abadikan untuk dikenang di hari-hari yang mendatang.Mana yang sedih-sedih,
ada sedikit kepahitan itu kita tulis untuk jadikan pengajaran.