Mengenai Saya

Foto saya
Mencintai sastera, romantis, puitis, suka menulis dan sangat menghargai setiap momen dalam hidup.

24 April 2013

Cinta itu Kurnia.

Sesugguhnya,cinta itu satu kurniaan tuhan.Apa yang pasti dirimu
tetap ku nanti selagi mentari mengintai hari.


21 April 2013

Coretan Rindu.

Dari mana hendak dimulakan.Entah siapa pula untuk diberitahu.
Biarlah aku coretkan semuanya di sini.Agar tiada yang ambil peduli.

Yang sebenarnya,hati ini sangat-sangat rindu.Rindu pada seseorang
yang telah pergi dari kehidupan ini.Rindu pada seseorang yang jauh,
namun masih dekat di hati.

Rindu pada seseorang yang ada,namun entah di mana.Rindu pada
seseorang yang ada,namun tak tahu bagaimana nak dihubungi.
Apakah akan aku khabarkan kepada hati..?


Mimpi Semalam.

Semalam aku bermimpi tentang cinta.Bertemu rasa hati.Ku renung
jauh tatkala mentari senja berlabuh.Rasa dibuai syahdu,mengenang
cinta yang lama dah berlalu.

Terlalu rindu.Rasa yang sayu.Menggamit sayang yang pergi.Terlalu
sedih dan terharu.Rasa itu selalu hadir menyapa.Mungkin detik hati
selalu mengingati dirinya.Kerana kehilangannya sukar dipinta.Kerana
pemergiaannya sukar dijangka.

Semalam aku bermimpi tentang rindu.Hati berbeku dan merayu.Ingin
sangat nak bertemu dengan dirimu.Biarpun hanya seketika,rindu ini
hanya untukmu.



19 April 2013

Tentang Jodoh Dan Sahabat.

Malam ini sangat suram.Langit malam sunyi sepi,tiada bulan tiada bintang.
Sesepi hati aku ketika ini.Entahlah,mungkin aku sengaja membiarkan hati
aku sepi tanpa cinta.Aku pun tak tahu.Ataupun aku yang  takut terluka lagi?
Hmm..tak juga,luka di hati aku pun dah sembuh,walaupun tak sepenuhnya.

Jujurnya juga,dalam perhubungan,aku amat pentingkan keserasian.Aku
sangat mencintai seni.Aku berharap sangat andai ditakdirkan aku berkahwin
nanti,biarlah seseorang itu mencintai seni seperti aku.Tak banyak seni yang
ada padanya aku minta,cukuplah dia seorang pencinta filem,pencinta muzik
ka,ataupun pencinta puisi.

Buat masa ini juga,aku lebih suka berkawan dengan semua orang.Mencari
keserasian,saling mengenali.Harap-harap dipertemukan di penghujungnya
nanti.Aku berharap sangat selewat-lewatnya,penghujung tahun depan aku
memang dah kahwin.

Terlanjur dah berbicara di sini,aku nak cerita juga tentang siang tadi.Siang
tadi aku bertemu dengan seorang kawan aku.Lama jugakami tidak bertemu.
Patricia namanya.Kami memanggilnya dengan nama Pat sahaja.Dia seorang
kawan yang baik dan peramah.Ramai orang memuji keperibadiannya.Tak
mudah melenting bila diusik ataupun ada sesuatu yang tak kena terjadi padanya.

Dan sempat dia tanya aku,dah kahwin ke belum.Tentulah aku jawab belum.
Cepat-cepat dia bersuara dan menyuruh aku kahwin cepat-cepat.Alahai,
dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu,bila orang selalu tanya aku,bila nak
kahwin.Sebak semacam rasanya.Sama seperti ketika aku melihat orang yang
kahwin,tak kiralah dalam Majalah ka,tv ataupun di alam realiti.Aku sebak dan
sentimental sangat-sangat.

Berdasarkan risikan-risikan aku sebelum ini,ramai kawan-kawan aku yang
dah kahwin.Dah anak lagi.Tapi ada juga yang belum kahwin.Teringat juga aku
dengan seorang kawan aku waktu sekolah dulu.Dia sekarang kerja dekat
Poliklinik di Sarikei.Selalu juga berhubung dekat Fb.Kadang-kadang bercerita
tentang jodoh.Dia pun belum kahwin lagi.Selalu juga dia mengeluh,susahnya nak
bertemu jodoh ni.Aku selalu katakan pada dia,satu hari nanti jodoh pasti akan
datang jua.



18 April 2013

Cita-Cita Yang Tak Kesampaian.

Malam ini aku tiba-tiba nak bercerita tentang cita-cita.Entahlah,aku
kecewa sebenarnya.Kecewa cita-cita nak menjadi seorang guru tak
kesampaian.

Aku minat sangat dengan profession perguruan ini.Benar kata orang,
sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tak berguna.Nak dikatakan
SPM aku tak bagus tak juga.Cuma Matematik aku memang teruk
habis.Aku langsung tidak pandai matematik.sukar untuk aku menyemai
kasih,memupuk rasa cinta kepada matematik.Sebab aku memang tak
minat langsung.

Usai SPM,pernah juga isi borang masuk Maktab.Tak juga pernah
dapat-dapat.Patah hati jangan disebut.Memang patah dan kecewa
sangat-sangat.Walaupun hampir 13 tahun berlalu,namun cita-cita
untuk menjadi seorang guru masih kukuh di hati sanubari.Entahlah,
sebab itu memang dah cita-cita aku sejak dulu lagi.

Dan cita-cita kedua aku dulu ialah nak menjadi seorang penulis.Aku
suka sangat menulis.Tapi untuk menulis novel aku tak yakin lagi.Aku
suka menulis puisi,cerpen dan ayat-ayat puitis.Jiwa tenang sangat-
sangat saat meluah isi hati melalui puisi.

Walaupun cita-cita aku nak menjadi seorang cikgu tak kesampaian,aku
berharap sangat bila aku dah kahwin nanti,aku nak anak-anak aku jadi
cikgu pula.Bayangkan kalau aku ada orang anak,kedua-duanya menjadi
cikgu,mesti aku orang yang paling gembira sekali.Ia aku ibarat pengganti
kepada cita-cita aku yang tak kesampaian dulu.

Tapi kalau jodoh aku dengan seorang cikgu macam mana pula ya..?
Tak dapat jadi cikgu,kahwin dengan cikgu pun tak apa.Hehe..tapi
tidaklah aku tergila-gilakan sangat dengan lelaki yang jadi cikgu ni,ialah
jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan.




16 April 2013

Cinta Pertama.




















Malam ini dirimu hadir lagi
Menghiasi mimpiku yang cukup indah
Pertama kali kita bertentang mata
Hatiku terusik
Wajahmu ku tatap
Dalam diam cinta berputik.

Hadirmu hanya dalam mimpi
Sampai bila aku harus menanti
Mungkinkah ia akan jadi realiti
Ataupun hanya mainan ilusi.

Berapa lama harusku
Mengintai cinta dalam rahsia
Izinkan diriku mencurahkan
Kasihku kepadamu
Agar kau tahu
Betapa sucinya cintaku kepadamu..

12 April 2013

Jiwa Kacau.

Dua tiga hari ini,fikiran aku selalu tak menentu.Entahlah,macam-macam
yang aku fikir.Fikir tentang seseorang,fikir tentang masa depan,lagi-lagi
fikir tentang jodoh.Jujur aku katakan,sekiranya penghujung tahun depan
aku belum juga bertemu jodoh,aku rasa lebih baik aku menyendiri seumur
hidup.Aku dah patah hati dan putus harapan dengan jodoh.

kadang-kadang aku rasa hidup ini seolah-olah tidak adil.Orang lain bahagia,
kita pula sebaliknya.Cinta datang dan pergi.Kadang-kadang bila aku dah
suka,sayang dekat seseorang itu,orang itu pula macam sambil lewa dan tak
serius dalam perhubungan.Dan bila ada orang yang serius sangat sukakan
aku,aku pula yang macam tiada perasaan dekat orang itu.

Apakah aku yang terlalu memilih ataupun sebaliknya?Dalam hidup,memilih
itu perlu kan?Kita kahwin bukannya untuk sehari dua,tapi seumur hidup.Lagi
pun keserasian sangat penting dalam perhubungan.

Tentang seseorang...Ya,seseorang ini selalu saja bermain di ruang ingatan
sejak awal April lalu hinggalah ke saat ini.Perkenalan pun belum sampai 
sebulan.Selalu jugalah bersembang dekat Fb.Aku amat menyenangi
keperibadiannya walaupun tak pernah bersua.Aku dapat merasakan dia
seorang lelaki yang baik.

Aku tak pasti dengan perasaan aku,kenapa aku tiba-tiba rindu sangat dengan
dia.Pelik kan perasaan ini?Tak semua orang yang kita kenal membuatkan kita
jadi rindu segala bagai.Sebab itu aku selalu kata,rindu itu satu anugerah.Apa-
apa pun,semoga rindu ini akan terlerai dengan sendirinya nanti.Biarkan ia
berlalu dengan sendirinya.

Semalam juga ada sesuatu yang telah berlaku.Adakah patut aku tersalah
komen dekat Fb.sebenarnya skrin hp aku tu sensitif sangat-sangat.Aku nak
komen status kawan aku seorang ni,macam mana pula komen itu tiba-tiba
pandai dekat status kawan aku seorang lagi ni.

Masalahnya,kawan aku ini pernah berhubung dengan aku dulu,tapi hanya
seketika.Dia menyepi,aku pun menyepi.Tup-tup dengar cerita dia dah ada
kekasih.Aku pun tumpang gembira dengan kebahagiaan dia.Dan yang buat
aku pelik,dia ''like''juga komen aku itu.Malu yang teramat sangat.Belum
pernah dalam sejarah Fb aku tersalah komen ka apa.Tapi komen itu aku dah
delete dah.Aku harap dia tidak fikir yang bukan-bukan tentang aku.Harap-
harap begitulah hendaknya..


5 April 2013

Berubah.

















Hari ini suka
Esok tak suka.

Hari ini cinta
Esok tak cinta.

Hari ini benci
Esok tak benci.

Hari ini musuh
Esok tak musuh.

Manusia
Selalu berubah
Dan akan selalu berubah..

3 April 2013

Biar ku Simpan Rindu Di Hati.

Entah mengapa aku rasa rindu sangat.Rindu dengan sapa,aku pun tak
berapa nak pasti.Memang perasaan ini pelik kan..?sebenarnya,aku rindu
sangat dengan seseorang ni,kenal baru beberapa minggu aja.Selalu juga
bersembang dekat Fb.

Mungkin aku merasakan yang aku dengan dia ada sesuatu,ada keserasian
yang menyelinap dalam hati.Entahlah,ingin sangat aku katakan pada dia,
yang aku sangat merinduinya.Tapi,lidah selalu kelu.Lagipun aku dengan dia,
hanya kawan.

Entah-entah dia dah ada kekasih.kawan aku kata,mustahil org macam dia
tidak ada kekasih.Tapi,sampai bila rindu ini akan berterusan begini..?Sampai
menyeksa jiwa raga?Benar kata org,dalam banyak-banyak kategori rindu,
rindu yang tak mampu nak diluahkan adalah rindu yang sangat menyeksakan.

Aku cuma berharap,semoga rindu ini akan ternoktah dengan sendirinya
nanti.Biar masa yang melenyapkan segala-galanya.Sibukkan diri,usah terlalu
mengikut kehendak hati yang selalu ingin merindu.

Sebenarnya juga,rindu itu satu perasaan yang harus dihargai.Rindu itu juga
satu anugerah.Kerana dalam banyak-banyak orang yang kita jumpa,kita
kenal,tak semua boleh membuatkan kita jadi rindu.Apa-apa pun,biar ku
simpan rindu ini di hati..