Mengenai Saya

Foto saya
Mencintai sastera, romantis, puitis, suka menulis dan sangat menghargai setiap momen dalam hidup.

31 Disember 2014

Mengenang 2014.

Mengenang 2014 secara ringkasnya. Tak adalah menarik mana,
tapi sentimental dalam erti kata yang tersendiri.

(1) Lagu - Maya paling suka dengar lagu ''Cinta Sesungguhnya''nyanyian
Sabhi Saddi & Marsha. Sehingga Maya nak sangat lagu ini berkumandang
di majlis perkahwinan Maya nanti.Hehe..

(2) Buku - Maya banyak membeli buku travelog. Jiwa Maya penuh rasa
ingin tahu sejarah, seni dan budaya sesebuah negara. Banyak juga membeli
novel cinta.

(3) Filem - Filem yang paling dekat di hati Maya ialah ''Lagenda Budak
Setan 3 Kasyah."Suka sangat tengok filem ini. Yang 1 dan 2 pun Maya suka juga.

(4 ) Sahabat - Syukur, sentiasa ada sahabat baik yang masih sudi berkongsi
kisah suka dan duka.

(6) Bumi Lawas - Kunjungan ke Lawas, manis dan buat Maya rasa
terharu.

(7) Kota Kinabalu - Kunjungan ke Kota Kinabalu sungguh indah dan manis, walaupun banyak tempat Maya tak pergi lawati. Masa sangat mencemburui, sebenarnya.

1 Disember 2014

Hai Disember.

Disember datang lagi. Semoga Disember sentiasa baik-baik untuk
kita. Dan semoga kita sentiasa diberi ruang dan kesempatan untuk
memahat memori indah yang akan kita kenang di hari-hari yang
mendatang.

25 November 2014

Hari Dan Kita.

Pada hari yang kita tidak dapat bersua
kerana jarak yang memisahkan
masa-masa yang berkejaran
aku mohon kamu simpan
hari itu di lain kesempatan.




24 November 2014

Menghitung Bintang.

Menghitung bintang berdua itu romantis kan? Kerana bintang itu hanya
mampu dihitung, namun amat mustahil untuk digapai.




23 November 2014

Majalah Intrend Yang Sangat Puitis.







































Selain daripada suka membaca buku, novel dan bahan bacaan yang lain, Maya juga sangat suka membaca majalah. Sangat suka! Sebut saja majalah
berbahasa melayu di Malaysia, Maya yakin boleh tahu semua. Bunyi macam
berlagak pula. Hehe..Banyak manfaat yang kita dapat apabila membaca majalah
sebenarnya. Banyak tip kecantikan, perhubungan cinta, perkahwinan, kewangan, cerpen, hiasan dalaman, fotografi dan macam-macam lagi yang kita boleh tahu.

Daripada suka membaca majalah juga Maya dapat tahu yang Cikgu Helmi Ahmad
seorang yang banyak menulis cerpen. Tiba-tiba jumpa blog dia dulu melalui blog
seorang blogger yang ada Maya follow. Suka membaca semua cerpen dia dalam majalah
dan akhbar.

Berbalik kepada tajuk entri ini,''Majalah Intrend Yang Sangat Puitis."Ya, majalah
Intrend sangat puitis bahasanya. Sungguh! Walaupun gayanya agak urban, tetapi
apabila diselak helaian demi helaian, kita akan terpesona dengan lenggok bahasanya.
Maya tak pernah curang dengan majalah Intrend. Saban bulan Maya pastikan yang Maya akan memilikinya.

Maya juga ada beberapa kali berkomunikasi dengan Kak Rosie Haslinda Nasir ( Editor Majalah
Intrend ) melalui email. Baik orangnya. Rajin membalas email. Maya kata, yang Maya kagum dengan tulisan dia. Maya selalu berangan-angan, seandainya Maya dapat
menulis dengan bahasa seindah Kak Rosie, alangkah beruntungnya Maya. Tulisannya
sungguh puitis, berinformasi dan tentunya menggamit pembaca untuk menyelak ke
halaman seterusnya. Bahasa itu indah. Mengagumi bahasa Melayu tak bererti Maya
melupakan bahasa bangsa sendiri (bahasa Iban) Tidak sama sekali.

Ruangan fesyen dan kecantikan dalam majalah ini pun ditulis dalam bahasa yang puitis. Begitu juga ruangan yang lain. Dan tentunya tulisan
Faisal Tehrani dalam ruangan Mutiara Kata antara ruangan yang menarik untuk
dibaca. Tulisan beliau pun puitis juga. Haih, pendek cerita, semua ruangan puitis.

Sejujurnya, Maya sangat teruja membaca setiap bait kata yang ditulis oleh semua
warga kerja Intrend. Harapan Maya, Semoga majalah ini (majalah Intrend) terus berada di pasaran.


21 November 2014

Dari Hati #27

''Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah.."

20 November 2014

Ada Apa Dengan Cinta 2014.

''Kerana cinta, waktu terbahagi dua" -Rangga, Ada Apa Dengan Cinta 2014.





19 November 2014

Cinta Fansuri - A. Samad Said.

''Cinta pertama itu tetap unggul, mencakar-cakar kerinduan dan kenangan, menyembunyikan kerahsiaan dan keanehannya. Dan akhirnya menjadi sukar
dimengerti apalagi disambung"- Cinta Fansuri, A.Samad Said.

18 November 2014

Tiada Yang Sempurna.
























Manusia, hati, emosi dan perasaan. Sesuatu yang sentiasa berubah. Lebih rapat
kita dengan seseorang, lebih cuba mengenalinya dengan lebih mendalam, semakin banyak yang kita tak faham kadang-kadang. Semakin kita tak kenal
siapa dia.

Kita tahu tiada yang sempurna. Tetapi tetap mengharap seseorang itu menjadi
sempurna. Impian kita tak pernah sama dengan kenyataan.

Kalau kita mahu kesempurnaan pada orang lain, sedangkan sudah kita tahu
kekurangannya, maka kitalah yang harus menyempurnakan yang kurang itu.

17 November 2014

Bila Hati Berbicara.


























''Bila Hati Berbicara." Drama ini ditayangkan di TV3 untuk Slot Akasia.
Diterbitkan Suhan Movies milik pelakon Rosyam, drama ini ada 32 episod.
Sekarang ini baru 12 episod dah ditayangkan. Jujurnya, banyak-banyak slot
drama di TV3, Maya paling suka drama Slot Akasia.

Drama ini adaptasi dari novel juga. Novel terbitan Buku Prima. Maya belum
lagi memiliki novel ini. Kiranya waktu ini tengah dalam fasa nak memilikinya. Dan Maya juga sudah membaca review novel ini. Menarik juga sebenarnya. Maya kan suka membaca novel. Hehe.

Secara ringkasnya, drama ini tentang dilema cinta dua hati. Ia mengisahkan
percintaan dua insan yang berasal dari latar belakang yang berbeza. Emir
Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat
mementingkan darjat dan keturunan, manakala Tania Kastura (Atikah Suhaime)
seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan.

Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania tinggal
untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk
di situ yang diketuai oleh Tania. Demi mengambil hati Tania supaya dapat
memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada syarikatnya, Emir telah
menawarkan kerja kepada Tania.

Seiring masa berlalu, selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah seorang
gadis yang sangat istimewa. Namun, Emir menafikan dia jatuh cinta pada Tania
kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk menjadi isterinya kerana
perbezaan darjat.

Emir memperkenalkan Tania kepada sahabat baik yang juga pembantunya,
Badri Fathul (Hafreez Adam) Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan
ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah memerangkap
Tania supaya berkahwin dengan dia setelah tercabar dengan Badri yang juga
mahu menawan hati Tania.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam
Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania. Taufik berdendam kerana tidak
dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Babe  (Raja Ilya) juga berpakat
dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania.




















Gambar di atas adalah salah satu babak dalam drama ini. Dua jejaka berebut
cinta seorang gadis. Encik Emir Qasya dan Encik Badri Fathul yang hensem itu. Hehe..



16 November 2014

Ada Apa Dengan Cinta 2014.


















''Ada Apa Dengan Cinta 2014." Maya suka sangat menonton drama mini ini.
Banyak kali juga Maya tengok sejak seminggu yang lalu. Menonton drama mini
ini betul-betul menggamit memori. Memori waktu tergila-gilakan filem''Ada
Apa Dengan Cinta''dulu. Waktu itu filem Indonesia masih ada ditayangkan
di Malaysia.

''Ada Apa Dengan Cinta 2014''dibawakan oleh LINE. Menontonnya dalam
masa sepuluh minit pun dah buat Maya rasa teruja! Ia bermula
dengan babak di New York. Rangga digambarkan sebagai wartawan di Amerika
Syarikat, manakala Cinta pula meneruskan kehidupan di syarikat penerbitan
majalah di Jakarta.

Setelah beberapa tahun kisah romantik mereka terhenti, Rangga tiba-tiba
menerima arahan membuat tugasan di tanah airnya, Jakarta. Kebetulan itu yang
mendorong Rangga mencuba nasib menghubungi Cinta.

''Detik tidak pernah melangkah mundur. Tapi kertas putih ini selalu ada. Untuk
semua pertanyaan yang belum sempat terjawab" -Rangga.

''Waktu tidak pernah melangkah mundur. Dan hari tidak pernah terulang. Tetapi
pagi selalu menawarkan cerita yang baru" -Cinta.

15 November 2014

Rindu Nak Menulis Di Sini.

Malam ini, Maya tiba-tiba rindu nak menulis di sini. Rindu sesungguhnya! Kalau dapat Maya putarkan masa, Maya nak setiap kisah dan momen-momen manis
di bulan-bulan yang telah berlalu itu Maya abadikan di sini. Tapi, sebetulnya Maya rajin dan semangat apabila update atau menulis di Facebook. Juga 
tweet di Twitter. Itu pun Maya kira menulis juga.

Kadang-kadang juga, terdapat banyak kata-kata yang tak dipetik, dibiarkan 
ranum di dahan hati, lalu akhirnya gugur ke bumi. Terbuang begitu saja.
Ya, begitulah diibaratkan.

Maya harap, lepas ni Maya lebih rajin dan bersemangat untuk menulis di sini.
I love blog! Blog itu jiwa.

26 April 2014

Cinta Sejati.

Aku tak takut
melepaskan tangannmu
dan membiarkanmu pergi
kerana aku percaya
cinta sejati takkan pernah mati.




















12 Mac 2014

Tragedi MH370 Kuala Lumpur-Beijing.


























Jujur. Maya mengikuti sangat berita tentang kehilangan pesawat MH370 ini.
Mengikuti dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Tak tahu kenapa
sedih sangat dengan tragedi ini, walaupun hakikatnya seorang yang dalam
pesawat itu langsung Maya tak kenali. Kita manusia punya hati dan
perasaan kan?

Lebih empat hari sudah berlalu sejak Boeing 777 hilang daripada radar
dalam tempoh sejam pertama sebaik bertolak dari Kuala Lumpur menuju
ke Beijing yang kelazimannya mengambil masa 6 jam, namun pesawat
MH370 itu masih belum lagi dijumpai.

Teringat Maya kata-kata pembaca berita buletin utama dua hari yang lalu. Katanya, pihak berkuasa mengibaratkan kehilangan MH370 adalah
sebagai misteri yang tidak pernah berlaku.

Sesungguhnya juga, setiap seorang daripada 227 penumpang dalam pesawat
MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi sabtu lalu mempunyai kisah unik
mereka tersendiri, tidak kira nama, kewarganegaraan dan umur.
Antaranya, lelaki pertengahan umur warga Australia yang minat mengembara.
Pelukis kaligrafi dari China yang berkunjung ke Malaysia dan ingin balik ke
negara asal mereka semula. Pemuda Indonesia yang mahu memulakan kerjaya
baharu. Maya percaya besar harapannya yang ingin memulakan kerjaya baharu di bumi
Beijing itu. Memulakan kontrak selama tiga tahun dengan syarikat perkhidmatan
cari gali minyak, Schlumberger.

Selain itu, kisah dua orang penumpang yang menggunakan passport palsu. Oh ya, kisah
mereka berdua ini hebat diperkatakan semalam. Kata kawan Maya, payah sungguh nak
menyebut nama mereka dua ini. Maya pula nak gelak bila dia kata begitu. Dan kata
buletin utama semalam, mereka berdua ini bukan pengganas.

Umum mengetahui, dalam pesawat itu juga ada 12  krew yang kesemuanya
warganegara Malaysia dari berbilang bangsa. Dan seramai 38 orang warga
Malaysia juga. Ada yang ingin pergi berbulan madu, pergi sebab berkursus, pergi
sebab bekerja sebagai setiausaha kedua ekonomi di Kedutaan Malaysia di
Beijing dan macam-macam lagi.

Penumpang dalam laluan yang popular sebagai destinasi pelancongan dan
perniagaan itu kebanyakannya dari China dan Malaysia
 Selain penumpang
dari negara lain dari pelusuk rantau dunia termasuk Amerika, Australia, India,
Perancis, Indonesia, Ukraine dan negara lain.

Sesetengah mereka hanya menaiki pesawat itu berseorangan. Ada yang dalam
kumpulan besar dan kecil. Antara mereka adalah pasangan kekasih dan warga
tua. Mungkin ada sesetengah mereka waktu itu sedang memikirkan mengenai
perniagaan, kesenian, barangkali.

Dan Maya seorang yang sangat sentimental. Suka mengabadikan sesuatu dari
sisi yang berbeza. Maya percaya, besar harapan setiap daripada mereka ingin sampai
ke destinasi yang dituju. Nak-nak lagi kalau itu adalah kunjungan pertama kali
ke bumi Beijing. Maya berdoa, semoga pesawat MH370 itu selamat dijumpai
dan semoga ada keajaiban yang akan berlaku.

2 Mac 2014

Maya Seorang Pencinta Kucing.


























Maya seorang pencinta kucing. Suka kucing sejak kanak-kanak lagi. Oh ya, kucing di atas ialah kucing milik pelakon Christina Suzane. Maya
ambil dari twitter dia sebab Maya suka sangat tengok mukanya yang comel (comel dan sedih semacam. Hehe).

17 Februari 2014

Jauh.

Maya mahu berada di tempat paling jauh. Biarlah udara chaotic sekalipun.
Dikeliling orang yang diragui jujurnya, atau yang asing paling random. Kemudian
menulis jurnal atau membaca di stesen keretapi. Biar sesak. Publik tidak pun
mengetahui Maya. Di keramaian itu juga, Maya akan baca puisi, berdendang syair,
barangkali. Publik langsung tak hairan, mereka tidak mengenal Maya.

Tempat itu Jakarta, mungkin. Moga suatu hari nanti Mayavdapat berkunjung
ke sana. Amin.

14 Februari 2014

Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi - Hattan.

















Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh..di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi menusuk di hati
Haruskah ku ulangi

Kemesraanmu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara
Api yang menyala padam tiba-tiba

Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar merah berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi

Apakah dosaku dan apakah salahku
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Cinta yang menyala padam tiba-tiba.

Kata Hati : Apabila Februari tiba, lagu ini akan lebih sedap daripada biasa.

13 Februari 2014

Drama Ariana Rose.

Tadi, berakhir sudah drama ''Ariana Rose." Maya suka sangat tengok drama
ini. Setiap episod tak pernah pun tinggal. Ceritanya manis sungguh! Sepadan pula Nur Fathia dan Keith Foo berlakon dalam drama ini.

Sebetulnya, Maya sudah membaca novel''The Wedding Breaker."Mengikut kata
pengarahnya, Abg Raja Ahmad Alauddin, drama ini hanya 65% saja
ikut novel, sebab kekangan bajet. Dalam novel juga, watak Liyana itu taklah
menonjol sangat jahatnya. Cuma dalam drama ia terlebih jahat untuk menjadikan
ceritanya lebih menarik.

Sama ada drama atau novel, jujurnya, Maya suka kedua-duanya. Cuma membaca
novel lebih memberi kepuasan dan lebih emosi.

8 Februari 2014

Edisi Luahan Hati.

Kata orang, cara terbaik untuk kita melupakan orang yang dah berlalu dari
hidup kita ialah jangan pernah nak ambil tahu hal dia lagi. Sejujurnya, Maya memang sudah melupakan. Lagipun kumbang bukan seekor. Eh (tiba-tiba keluar bidalan pula)

Dan seandainya Maya jatuh cinta lagi, Maya harap cinta itu benar-benar membawa Maya ke sebuah mahligai impian (perkahwinan) Dan perkahwinan adalah antara perkara serius yang Maya fikirkan saat ini.




Dari Hati #26

''Rindu adalah ketabahan, seumpama
pak tua dengan pedatinya, lalu-lalang
tak kenal penderitaan.."

5 Februari 2014

Coretan Pertama Untuk Februari.

Sudah lima hari kita memasuki bulan Februari. Wah, tiba-tiba rasa rindu sangat
dengan blog sendiri. Rindu nak mencoretkan sesuatu di sini. Banyak coretan yang 
tertangguh sebenarnya. Tiap kali Maya usai menonton wayang, Maya ingin sangat 
membuat ulasannya dekat sini. Begitu juga buku-buku yang Maya baca dan momen-momen seharian pun Maya ingin abadikannya di sini.

Pertama, cerita tentang buku. Sepanjang Januari lalu, Maya hanya membaca beberapa 
buah novel saja. Antaranya, novel''The Wedding Breaker''(Evelyn Rose) Novel ini 
sedang hangat ditayangkan di TV3 sekarang (slot akasia) Cuma tajuknya bertukar (Ariana Rose) Maya suka sungguh dengan drama ini! Maya ada juga mengulang kembali
membaca ''Tunggu Teduh Dulu''(Faisal Tehrani) Sebuah novel lama, tetapi cukup
manis untuk dihadam kembali. Dan baru-baru ini Maya ada membaca sebuah novel
terbitan Js Adiwarna Publications yang berjudul''Urusan Cinta Belum Selesai."Best
novel ini. Banyak memberi Maya inspirasi dan terus buat Mayavgigih dan bermotivasi
untuk menulis (Maya menulis suka-suka, ok!)

Kedua, cerita Maya balik kampung halaman sempena cuti Tahun Baru Cina hari ini
tadi. Maya balik kampung 29 Januari 2014. Haha..siap letak tarikh lagi. Sentimental
sangat. Adalah menghabiskan masa empat hari penuh di kampung halaman. Hari
Ahad (02 Febuari 2014) baru balik Kuching. Rindu sungguh! Momen manis apabila balik
kampung ialah dapat bersama keluarga dan saudara-mara. Dapat borak panjang
dengan nenek. Maya sangat rapat dengan nenek Maya. Tidur pun dengan nenek. Sampai Maya mengantuk dengar nenek bercerita. Manja sungguh!
Dan nenek Maya orangnya sangat penyabar. Tak pernah Maya jumpa manusia punya
kesabaran macam nenek Maya tu. Sanggup melayan kerenah cucu-cucunya. Mujur waktu Maya balik kampung hari itu, Maya seorang aja cucu nenek yang ada dekat kampung (rumah panjang) Haha..Dapat manja dengan nenek lebih-lebih. Emak Maya pula
orangnya agak suka marah kalau ada sesuatu yang tak kena. Kurang penyabar
sikit. Tapi,emak Maya pun baik orangnya. Cuma lebih tegas.

Lagi satu, tentang emak Maya. Dia punya sentimental value terhadap sesuatu
barang agak tinggi. Hari itu, Maya minta kain batik emak sepasang. Maya minta pun
sebab suka tengok warna kain tu (warna pink) Kain itu pula diberi oleh emak saudara. Emak sungguh-sungguh tak nak bagi. Emak kata,''tanda pengingat''(bahasa Iban) Maksudnya
tanda kenangan. Lebih kurang macan tu lah. Minta kain satu lagi pun emak saudara yang beri. Lepas tu, emak
beri kain yang dia beli sendiri. Maya pula tak nak. Emak siap emosi sedih lagi. Haha..

Oh ya, Maya teringat ada satu malam dekat kampung hari itu, langit malam sangat
cantik dihiasi bintang malam. Bintang banyak berkelip-kelip. Buat Maya teruja
sangat. Serius, lama dah Maya tak melihat bintang cantik sebegitu. Maya nak ambil
gambar bintang, nenek pula tak suruh. Lebih baik sambung tidur, katanya.




13 Januari 2014

Dari Hati #25

''Dahulu, kita pernah punya bait-bait rindu.
Sekarang, Kita hanya ada kenangan masa 
lalu berserta hujan yang merubahnya menjadi 
pilu..''

11 Januari 2014

11 Januari - Gigi.

Sebelas januari
Menjalani kisah cinta ini
Naluri berkata
Engkaulah milikku..

9 Januari 2014

Dari Hati #24

''Aku tahu, kelak kamu akan punya 
sebuah rumah yang ceria. Entah aku 
yang akan menemani, atau aku hanya 
berkunjung sebagai tetamu..''

8 Januari 2014

Maya Ada Bakat Menulis?

Wah, lain macam bunyi tajuk entri Maya kali ini. Bukan apa, kawan-kawan Maya kata, Maya ada bakat dalam menulis. Cuma bakat itu tak diketengahkan.
Malah cikgu Bahasa Melayu Maya kat sekolah dulu pun cakap Maya memang
berbakat dalam menulis.

Jujurnya, Maya memang suka menulis. Nak lagi menulis puisi. Maya
pun tak tahu, macam mana Maya berbakat menulis puisi. Mungkin sebab Maya suka membaca puisi. Dulu, Maya pernah bercita-cita nak jadi penulis,
jadi Editor Majalah lah. Dan Maya sangat mencintai sastera.

Pada Maya, untuk menulis sesebuah karya itu memerlukan semangat
yang jitu, masa juga memainkan peranan. Tengok Maya dah mula berdalih
macam-macam tentang menulis. Pendek cerita, Maya ini tak sungguh-sungguh pun kan?

Bab-bab menulis cerpen ni, Maya selalu juga menulis. Tapi,
cerpen yang Maya tulis itu tak pernah siap-siap pun. Dah elok Maya tulis perenggan
pertama dan kedua, Maya selalu hilang idea di perenggan ketiga dan seterusnya.
Memang begitulah yang selalu terjadi. Jadi cerpen itu pun tersadai begitu saja.

Dan salah satu azam Maya tahun ini ialah nak menulis sebuah cerpen. Maya tak
nak cakap tulis banyak. Cukup hanya sebuah saja. Maya ingat nak hantar ke
mana-mana Majalah. Harap-harap semuanya menjadi kenyataan.




5 Januari 2014

Bicara Azam Tahun Baru.

Sudah lima hari kita berada dalam tahun baru 2014. Rasanya belum
terlambat lagi untuk berbicara tentang azam. Sesungguhnya, apabila
tahun baru menyapa, tentu ramai antara kita yang menanam
azam baru.

Kata orang ,azam boleh membuatkan kita rasa lebih yakin untuk 
melangkah ke hadapan.cIa bagaikan inspirasi dan juga motivasi. Setiap tahun kita pasti menanam azam. Tapi, azam 
yang ditanam itu tak semua kesampaian. Malah ada juga yang tak tumbuh 
sebagai benih. Yang tinggal hanya jejak tanpa tunas, tanpa hasil.

Bagi azam yang telah tercapai, ia satu keindahan dalam kenangan
yang akan diabadikan. Mungkin sebagai jalan penerus untuk 
memperjuangkan azam yang seterusnya.

Azam Maya tahun ini ingin lebih berjimat cermat dalam berbelanja.
Nak kahwin. Hehe. Mudah-mudahan dipertemukan dengan jodoh 
yang baik dan memahami. Amin.

2 Januari 2014

Diari.




















Diari tahun baru kamu buka
Lembarnya tidak tercatat apa-apa
Huruf dan aksaranya belum mampu bicara
Pena dan tintanya masih diam seribu bahasa.

Selak lembarannya dan mulakanlah lakar
Dengan kata-kata menghiasi sebuah ceritera
Kerana tahun baru ini akan menghadiahkanmu
Tentang babak suka dan episod duka.

Selamat Tahun Baru 2014.



Entri ini lewat sehari dari sambutan tahun baru 2014. Tapi, Maya kira
masih ada masa lagi untuk Maya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014.

Cepat sungguh masa berlalu. Musim berganti, menghembus angin segar
dalam perubahan gaya hidup, dan memberi semangat baru yang mungkin
berbeza daripada biasa.

Tentunya setiap daripada kita mempunyai cita-cita, impian dan harapan
yang tinggi tatkala tahun baru menyapa. Dan semoga kita sentiasa mendapat
lebih rezeki, kesihatan yang baik, dan merancang perbelanjaan dengan lebih
teratur.

Menginjak 2014 ini juga, Tahun Baru bak bunga yang putiknya baru
bercambah. Wangiannya seharum kasturi dan kanvasnya seputih salju. Tiada titik hitam mahupun catatan di permukaannya.

Nikmatilah dalam-dalam agar auranya meresap ke sanubari. Arakian, ini 
adalah detik untuk kita membuka jendela baru dalam jejak langkah kita 
seterusnya.

Sesungguhnya juga, tempo tahun baru ini ada di tangan dan kaki kita yang
menari-nari. Lambat atau cepat, perlahan atau taufan, kita jua jauhari yang
menentukan kehidupan.