Mengenai Saya

Foto saya
Mencintai sastera, romantis, puitis, suka menulis dan sangat menghargai setiap momen dalam hidup.

29 November 2013

Filem Penanggal.


























Selepas dua tahun menunggu, akhirnya filem ''Penanggal''yang juga
buah tangan pertama Ellie Suriaty sebagai pengarah menemui penonton
semalam. Lewat petang tadi, Maya sempat menonton filem ini. Ia sebuah
kisah seram klasik. Jujur Maya katakan, filem ini sangat menarik, juga seram
dalam erti kata yang tersendiri.

''Penanggal''mengisahkan tentang seorang wanita naif bernama Murni (Ummi
Nazeera) yang diperturunkan ilmu''Penanggal''tanpa kerelaan hatinya. Ke mana
sahaja Murni pergi, pasti akan ada kematian sama ada peristiwa itu berlaku
di luar kawalannya.

Murni ditakdirkan melalui kehidupan yang penuh cabaran dan kesunyian
akibat ilmu penanggal yang diwarisinya. Malah, dia juga terpaksa berdepan
dengan kemarahan penduduk kampung selepas kematian demi kematian
di kampung mereka.

Suatu hari, Murni dibelasah teruk oleh penduduk kampung. Namun, dia bernasib
baik apabila diselamatkan oleh seorang peniaga Arab bernama Syed Yusof
(Azri Iskandar) Murni jatuh cinta dengan Syed Yusof yang juga merupakan
tunangan kepada Sharifah Zahrah (Fasha Sandha).

Sementara itu, penduduk kampung mula bersepakat untuk mencari penanggal
yang semakin berkuasa di kampung mereka. Murni akhirnya meminta untuk
mati di tangan Syed Yusof, walaupun Syed Yusof menyedarkannya untuk insaf.
Dan untuk filem ''Penanggal''ini Maya bagi 5 Bintang. Sebab best sangat!


28 November 2013

Dari Hati #24

''Seringkali aku teringat hati yang 
bertabur mimpi, menyenangi puisi dan mencintai seni..''

27 November 2013

Cinta.















Ada waktunya, setia sahaja tidak cukup tanpa percaya. Percaya itu telah lama hilang dari hati. Ada waktunya, hati tidak pernah faham bagaimana untuk padamkan cinta. Akal membilang, namun hati menegah. Dan waktu lain pula, cinta tidak boleh berdiam diri. Harus ada lafaz, harus ada ucap.



26 November 2013

Nostalgia.

Mungkin ada banyak nostalgia dalam hidup kita. Kadangkala kita menguburnya selama bertahun-tahun, dan tak pernah peduli mahu menoleh lagi.

Ada ketikanya kita tergali semula tanpa sengaja. Sesekali bukan tidak dikutip cebisan-cebisan silam itu. Malah adakalanya ia menjentik-jentik ruang ingatan. Dan seandainya sejarah dan kenangan itu hadirnya mematangkan,
terima kasih nostalgia kerana membentuk Maya yang hari ini.


25 November 2013

Sang Malam.

Andai malam bisa merisik, pasti bulan akan berbisik. Berbisik tentang cinta, tentang bahagia, tentang manis dan tentang segala-galanya. Menikmati keindahan bulan di malam hari, aku sedar bulan ciptaan Tuhan penuh rahsia.


Jadilah Insan Yang Disenangi.

Dalam hidup ini, jadilah insan yang disenangi. Bukan senang untuk kita menjadi insan yang disanjung dan disayangi. Susun tingkah biar nyata ikhlasny biar dari hati, pasti tidak
menjadi insan yang dibenci.

Sesungguhnya, bukan mudah untuk kita enyelami harfiah kehidupan manusia
yang bermacam-macam ragam. Kadang-kadang susun kata yang disusun disalah erti akan mengundang reaksi orang sekeliling.

Kunci etikanya, jujurlah pada diri, nescaya teguhlah keikhlasan yang diberi dan menjadi peri pekerti yang paling disayangi.



20 November 2013

Hargai Aku ( Armada )

















Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa.

Selalu saja kau anggap aku lemah
Merasa hebat dengan kau yang punya
Kau sombongkan itu semua.

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku.

Seringkali kau merendahkan ku (kau merendahkan ku)
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa.

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku.

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku..

#Kata Hati : Aku jatuh hati dengan lagu ini.Mula-mula
aku dengar lagu ini dalam cerita''Terukir Di Bintang''
(Slot Samarinda) yang mula bersiaran sejak seminggu
yang lalu.

19 November 2013

Cincin Itu Simbolik Penyatuan Dua Hati.

Apabila berbicara tentang cincin kita mesti mengaitkannya dengan
perkahwinan. Ya, tidak kira budaya, agama dan keturunan di dunia
ini, cincin adalah simbolik kepada penyatuan dua hati.

Jujurnya, Maya tak berapa suka memakai
cincin (rimas sikit kat jari), tapi cincin kahwin nanti, Maya mestilah nak pakai. Hehe.

Kata orang, cincin pertunangan itu adalah satu janji, manakala cincin
perkahwinan itu adalah satu tanggungjawab. Semua itu disulami rasa cinta dan kasih. Sebagaimana bentuk cincin yang bulat itu tiada permulaan, tiada titik pengakhiran, begitu juga yang semua orang harapkan dalam perkahwinan. Semuanya inginkan kebahagiaan yang berkekalan abadi.


17 November 2013

Memilihmu.

















Bulan yang sedang separa
Bukan aku
Awan barangkali putihnya abu-abu
Bukan ambisi untukmu

Ketahuilah 
Bukan soal jarak yang memisahkan
Bukan soal raga yang tidak ketemu
Ini tentang hati yang akan tetap sama

Apakah kamu tahu bahawa rindu 
ini selalu memilihmu?

13 November 2013

Sayang Sarawak.

Sayang Sarawak
Bumiku Kenyalang yang indah
Kepakmu yang melambai-lambai
Membangkitkan kekuatanku
Lalu ombak di Pantai Sematan
Seakan menghempas resahku di pasir.

Sayup-sayup senja remang
Ku kirim rindu dari tanjung ke tanjung
Tanda silaturahim yang tak pernah luntur
Ku catat namamu kenyalang
Di dinding kamarku
Agar ia tetap segar.
Sesegar mentari pagi.


Memaafkan Bukan Melupakan.

Jika ada orang tanya, sukarkah untuk kita memaafkan? Pada Maya
jawapannya ialah tidaklah sesukar melupakan. Betul kan? Sebabnya,
memaafkan boleh disebut dengan mudah walaupun belum pasti
maaf yang diucap di bibir itu turut lahir dari hati jika dibanding
dengan melupakan. Mana mungkin semudah kita melafaz kata maaf.

Realitinya, kita manusia dianugerahkan akal dan ingatan memang
tidak mudah melupakan setiap perkara yang dilalui sepanjang hayat.
Malah setiap detik yang dilalui sama ada pahit atau manis kerap
menerjah ingatan kita. Hatta, jika kita pernah terlupa, kenangan akan
kembali bersemarak jika terusik dek sesuatu keadaan ataupun sebab.

Kita berusaha melupakan seseorang yang pernah hadir dalam
hidup kita suatu ketika dulu? Apa kata, tidak perlu berusaha untuk
menghapus kenangan silam sebab sememangnya kenangan silam itu
tidak akan dapat dihapuskan. Kenangan bermaksud perkara yang
telah berlalu. Sama ada pahit ataupun manis, kenangan juga tidak
tidak mungkin akan dapat diulang semula, biarpun fakta kejadiannya
sama, sejarah tidak mungkin tercipta buat kali kedua kerana tarikh
kejadian tetap berbeza.

Namun, kehidupan adalah sesuatu yang berterusan selagi hayat dikandung
badan. Lantas cara terbaik untuk meneruskan hidup bersama kenangan
silam adalah dengan membiarkan minda kita diisi kenangan baru yang
pastinya boleh jadi lebih indah dan membahagiakan. Syaratnya kita
sendiri yang benarkan.

Sebaik-baiknya juga kita harus memaafkan dan berilah peluang kerana
kelak jika kita di tempat yang sama, akan ada orang lain yang memaafkan
dan memberi memberi peluang yang sama. Seandainya kita tidak mampu
memberi peluang setelah dikhianati dan jika itu keadaannya, kita masih perlu
memaafkan. Memaafkan bukan bererti kita melupakan, dan memaafkan
juga bukan bermaksud kita memberi peluang.

Seteruk mana pun kesalahan seseorang itu, maafkanlah walaupun
hakikatnya sukar kita terima. Maafkanlah walau tidak mampu nak
memberikan peluang yang seterusnya. Maafkanlah agar tiada lagi
sakit hati dan dendam membara, tiada lagi rasa tidak tenang dan tidak
tenteram di dalam jiwa.


Dari Hati#19.

''Kamu,kamu tahu tak,
senyuman kamu itu,
semanis gula 10 sudu,
Aku boleh kencing manis tau..''

12 November 2013

Langit Malam.




















Langit malam
Adakalanya diselubungi awan kelabu
Dalam samar bayang
Hanya angin yang menghembus
Mengkhabarkan rasa sendu
Yang datang bertalu.

Langit malam
Kadangkala kehilangan kejoranya
Bila hujan petang
Hadir tanpa diduga
Mencurah segala rasa
Lalu dingin pun menjadi abadi
Tanpa sebuah rela.

Langit malam
Mungkin bukan suatu yang indah dipandangan
Oleh matamu yang jernih
Bukan juga istimewa
Untuk ditatap saban malam
Mungkin tak seperti mentari
Atau purnama yang selalu kamu rindukan
Tapi haruskah ada perbezaan
Jika berdiri dalam satu hukum
Yang dipanggil alam?

11 November 2013

Soalan Susah Nak Jawab.

Bila orang bertanya soalan kepada kita,ataupun kita bertanya soalan
kepada orang,kita tentu inginkan soalan itu berserta dengan jawapannya
sekali.Namun tak semua soalan perlukan jawapan.Kadang-kadang juga
kita hanya mampu memberikan sebuah senyuman sebagai jawapan.

Sejujurnya,soalan yang susah aku nak jawab sekarang ialah ''bila nak
kahwin?''Kalau dulu-dulu orang ada orang tanya aku soalan itu,aku suka
cakap tahun depan,lepas itu aku cakap lagi,sebelum usia aku tiga puluh
tahun aku memang dah kahwin.

Tapi,sekarang dah masuk usia tiga puluh tahun pun belum kahwin lagi.
Bila bercinta asyik tak menjadi.Selalu sangat patah hati segala bagai.
ramai kawan-kawan aku dulu ingat aku dah kahwin.Bila aku kata aku
belum kahwin,mereka pula yang tak percaya.

Dan sekarang bila orang tanya aku soalan''bila nak kahwin?'',aku lebih
suka menjawab,belum sampai seru lagi.Kadang-kadang juga jawapan
aku bergantung kepada siapa yang bertanya,sejauh mana aku rapat
dengan yang bertanya dan sejauh mana orang itu serius bertanya soalan
itu kepada aku.Tapi,kalau emak aku tanya,aku macam dah ada jawapan
standard pula.

Hari itu,waktu aku kecewa segala bagai,cakap kat emak dekat Hp.
''Emak,kalau aku tak kahwin seumur hidup,macam mana lah nanti?Aku
selalu sangat kecewa ni..''Lepas itu,emak aku jawab,''Adalah jodoh itu
nanti.Tak ada orang dekat dunia ini tak kahwin.semua dah ditentukan
jodoh masing-masing''.Alahai,dalam hati kata,Harap-harap masin mulut
emak ini..

Dulu,aku memang terlalu mengharap.Bila bercinta dengan seseorang
itu,yakin sangat yang dia itulah jodoh aku.Tapi,sekarang aku lebih suka
mengambil pendekatan biasa-biasa saja.Kalau boleh aku nak bercinta
selepas kahwin.Maksudnya,sebelum kahwin itu kita buat cara berkawan
saja.Tak payah menabur janji lebih-lebih.Nanti janji entah ke mana,
kecewa pula yang bertandang.

Dan di usia yang cukup dewasa begini,aku hanya mencari cinta sejati.
Aku mendambakan seorang lelaki budiman dan mampu menjadikan aku
seorang wanita yang sempurna..




Sejarah Jiwang Dan Suka Menulis.

Entri kali ini lebih kepada mengulit kenangan tahun yang sudah-sudah.
Ramai yang selalu bertanya kepada aku kenapa aku suka menulis,suka
jiwang-jiwang segala bagai.Dekat Fb ada juga orang ingat aku penulis
betul-betul.Sebab aku selalu tulis puisi,selalu tulis ayat yang ala-ala sastera,
ayat-ayat puitis dan jiwang dekat situ.

Ada yang beri dorongan,kata-kata semangat,suruh aku jadi penulis betul-
betul.Terharu sangat-sangat,sebenarnya.Tapi,untuk jadi penulis betul-betul
itu mungkin tidaklah.Nak menukang sebuah cerpen pun,entah tak tahu bila
siapnya.Tapi kalau menulis puisi itu aku bolehlah sikit-sikit.

Namun jauh di sudut hati aku,aku teringin sangat nak menerbitkan buku
puisi sendiri.Alahai,jauhnya angan-angan aku ini.Teringat aku kata-kata
seorang kawan Fb dekat inbox hari itu,katanya jarang orang bangsa kita
(bangsa iban)pandai dan suka menulis ayat-ayat sastera ini.Dia siap suruh
aku tulis lirik lagu lagi.

Sebenarnya kan,suka menulis aku ini bermula dari suka membaca.Dari
sekolah rendah lagi aku memang sangat rapat dengan buku,majalah apa
semua.Sekarang ini pun,aku gila membeli buku dan majalah.Memang suka
sangat membaca.Lagipun zaman sekolah rendah aku dulu,tahun 90-an
ketika itu mana ada hiburan segala bagai.Tambahan pula bila kita berasal
dari Kampung,tengok tv dan dengar radio sajalah hiburannya.Bila dah selalu
membaca itu kan,tanpa disedari pelan-pelan minat menulis itu hadir dalam
diri aku.

Dari darjah enam lagi aku dah suka menulis ayat-ayat jiwang segala bagai.
Juga suka menulis kata-kata hikmah.Kalau balik kampung hujung minggu,
aku mesti nak pinjam buku cerita lebih dari sebuah.Lagi satu aku sangat
berdisiplin bila nak membaca.Sebelum baca buku itu,aku mesti dah mandi
dan dah makan terlebih dulu.Baru rasa selesa nak membaca dan menghayati.
Alahai,bila aku kenang balik,kelakar pun ada juga.

Waktu sekolah rendah juga,aku selalu ikut pertandingan menulis cerpen
pendek.Pernah juga menang.Selain itu aku suka juga berpantun,suka membaca
sajak.Bila bab-bab nak mendeklamasikan sajak di atas pentas ini,aku memang
ada masalah sikit.Gugup habis bila depan orang ramai.Tapi,cikgu kata mesti
yakin dan jangan gelabah.Adalah sekali dua mendeklamasikan sajak depan orang
ramai dulu.Itu pun depan Emak bapa murid sewaktu majlis penyampaian hadiah.

Dan bila masuk sekolah menengah pula,nak-nak bila tingkatan 4 itu mengambil
pula subjek sastera.Kalau zaman aku dulu,bermula dari tingkatan empat baru ada
subjek sastera.Zaman sekarang tingkatan satu dah ada.Bestnya orang sekarang.
Aku suka sangat subjek sastera dulu.Bila subjek sastera,hati bukan main lagi
berbunga-bunga.Langsung tak mengantuk.Bila subjek sastera,masa belajar itu
rasa macam sekejap saja.

Tapi,kalau subjek Matematik,masa bukan main panjang lagi.Sudahnya aku
dulu selalu mengantuk subjek matematik ini.Waktu sekolah menengah ini pula,
aku cuba-cuba belajar tulis cerpen suka-suka.Tulis untuk diri sendiri baca
sahaja.Itu pun cerpen sekerat jalan.Pernah juga kawan suruh tulis cerpen dan
hantar ke Majalah Sekolah.Mula-mula memang nak.Tulis-tulis punya tulis,idea
pula selalu hilang bila di perenggan yang seterusnya.

Oh ya,aku suka sangat menulis diari waktu sekolah menengah dulu.Tiap-tiap
tahun wajib ada diari baru.Dan yang menariknya,diari aku tiap-tiap tahun asyik
warna yang sama.Iaitu warna merah jambu.Dan mesti nak yang ada bunga-
bunga juga.

Bila dah suka menulis ini,aku selalu juga nak mengintai-intai acara,majlis ataupun
bengkel yang berkaitan dengan penulisan.Tapi selalu juga tak berkesempatan nak
pergi.Tapi,paling aku tak dapat lupa,bila aku pergi mengikuti satu bengkel penulisan
skrip filem yang dianjurkan oleh Finas beberapa tahun yang lalu dekat hotel Hilton
Kuching.Aku salah maklumat,sebenarnya.Itu pun kawan yang bagi tahu.Dia ingat
bengkel itu bengkel penulisan cerpen.Dia tahu aku suka menulis.Itu yang dia
cadangkan aku pergi.

Sampai dekat tempat bengkel itu diadakan (Hotel Hilton),aku tengok orang
semua yang dah berusia.Aku rasa aku seorang saja yang muda remaja.Sumpah,
tak tipu.Aku pun pelik dan hairan,kenapa yang muda-muda tak ada.Risik punya
risik,itu bengkel penulisan skrip filem dan bukannya bengkel penulisan cerpen.
Sudahlah aku tak kenal langsung orang dekat situ.Rasa macam orang asing sekali.
Aku nak balik pun tak boleh juga,sebab dah disuruh duduk itu ini.Siap dah diberi
minuman air mineral percuma lagi.Dalam hati aku kata,''tak apa,ada juga faedah
pergi bengkel macam ini,walaupun tak suka dan tak minat menulis skrip filem
segala bagai..''

Bila aku kenang-kenangkan waktu pergi bengkel itu,mesti aku senyum memanjang.
Walaupun lama sangat dah berlalu,tapi masih segar di ingatan.Nostalgia sungguh
aku rasa..





10 November 2013

Terukir Di Bintang (Yuna)

















Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan ku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia.

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pasti ku nanti
kan...kamu..

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu.

#Kata Hati : Aku sangat sukakan lagu ini.Bait-
bait liriknya sangat puitis dan melodinya pula
sangat indah..

Dari Hati#18.

''Buku,blog,puisi dan menulis.Empat 
perkara yang aku sangat suka.Serius,
suka sangat..''

9 November 2013

Dari Hati#17.

''Aku suka senyum kamu.Kamu 
senyum,aku pun turut tersenyum 
manis..''

8 November 2013

Coretan Pertama Untuk November.

Sudah 8 hari kita berada dalam bulan November.Wah,cepat sungguh
masa berlalu.Aku adalah antara orang yang sangat suka mengatakan masa
sangat cepat berlalu.Entahlah,ayat itu dah macam skrip wajib setiap bulan
pula dah.

Sebenarnya,aku rindu nak mencoretkan sesuatu di sini.Aku suka sangat 
menulis,sebenarnya.Aku tak tahu,asal aku nak menaip di di sini,ada saja
alasan yang aku buat.Penyakit''malas''yang lebih-lebih sebenarnya.

Tapi,bila berfacebook,bertwitter bukan main aku rajin.sungguh rajin.Tiap
selang dua minit mesti nak tweet,tiap selang sepuluh minit mesti nak update
status Fb.Alahai,dah serupa orang tak ada kehidupan dah aku.Ada-ada saja
yang nak dibicara dan diberitahu dekat Fb mahupun twitter.Bermadah dan
berjiwang itulah yang lebih.Perasan nak jadi penulis dan pakar motivasi
sekejap.Hmm..tak habis aku ini berangan-angan.

Sejujurnya juga,dalam banyak-banyak laman sosial yang ada sekarang ini,
aku lebih sayang dan cintakan blog.Sungguh!!.Blog adalah jiwa.Blog tak
sama dengan Fb,twitter apa semua.Tidak sama sekali.Dan mulai saat ini aku
janji dengan diri aku,yang aku akan selalu bertamu di sini.

Aku nak ceritakan setiap momen-momen hidup aku di sini.Pada aku,blog
aku ini ibarat diari.Lagi pun menulis ini sangat bagus,sebenarnya.Ada momen-
momen manis kita tulis dan abadikan.Nanti di hari-hari yang mendatang,dapat
juga dibaca oleh anak cucu kita.Sekurang-kurangnya aku selalu berfikir begitu.

Sekarang ini aku sedang dalam fasa nak mengedit singkatan ejaan dalam entri
aku yang terdahulu.Dari singakatan aku jadikan ia sebagai ejaan penuh.Dulu aku
suka menaip dengan meletakkan nombor dua dihujung perkataan yang berulang.
Aku rasa ia tak berapa nak bagus digunakan dalam menulis.