Mengenai Saya

Foto saya
Mencintai sastera, romantis, puitis, suka menulis dan sangat menghargai setiap momen dalam hidup.

11 November 2013

Sejarah Jiwang Dan Suka Menulis.

Entri kali ini lebih kepada mengulit kenangan tahun yang sudah-sudah.
Ramai yang selalu bertanya kepada aku kenapa aku suka menulis,suka
jiwang-jiwang segala bagai.Dekat Fb ada juga orang ingat aku penulis
betul-betul.Sebab aku selalu tulis puisi,selalu tulis ayat yang ala-ala sastera,
ayat-ayat puitis dan jiwang dekat situ.

Ada yang beri dorongan,kata-kata semangat,suruh aku jadi penulis betul-
betul.Terharu sangat-sangat,sebenarnya.Tapi,untuk jadi penulis betul-betul
itu mungkin tidaklah.Nak menukang sebuah cerpen pun,entah tak tahu bila
siapnya.Tapi kalau menulis puisi itu aku bolehlah sikit-sikit.

Namun jauh di sudut hati aku,aku teringin sangat nak menerbitkan buku
puisi sendiri.Alahai,jauhnya angan-angan aku ini.Teringat aku kata-kata
seorang kawan Fb dekat inbox hari itu,katanya jarang orang bangsa kita
(bangsa iban)pandai dan suka menulis ayat-ayat sastera ini.Dia siap suruh
aku tulis lirik lagu lagi.

Sebenarnya kan,suka menulis aku ini bermula dari suka membaca.Dari
sekolah rendah lagi aku memang sangat rapat dengan buku,majalah apa
semua.Sekarang ini pun,aku gila membeli buku dan majalah.Memang suka
sangat membaca.Lagipun zaman sekolah rendah aku dulu,tahun 90-an
ketika itu mana ada hiburan segala bagai.Tambahan pula bila kita berasal
dari Kampung,tengok tv dan dengar radio sajalah hiburannya.Bila dah selalu
membaca itu kan,tanpa disedari pelan-pelan minat menulis itu hadir dalam
diri aku.

Dari darjah enam lagi aku dah suka menulis ayat-ayat jiwang segala bagai.
Juga suka menulis kata-kata hikmah.Kalau balik kampung hujung minggu,
aku mesti nak pinjam buku cerita lebih dari sebuah.Lagi satu aku sangat
berdisiplin bila nak membaca.Sebelum baca buku itu,aku mesti dah mandi
dan dah makan terlebih dulu.Baru rasa selesa nak membaca dan menghayati.
Alahai,bila aku kenang balik,kelakar pun ada juga.

Waktu sekolah rendah juga,aku selalu ikut pertandingan menulis cerpen
pendek.Pernah juga menang.Selain itu aku suka juga berpantun,suka membaca
sajak.Bila bab-bab nak mendeklamasikan sajak di atas pentas ini,aku memang
ada masalah sikit.Gugup habis bila depan orang ramai.Tapi,cikgu kata mesti
yakin dan jangan gelabah.Adalah sekali dua mendeklamasikan sajak depan orang
ramai dulu.Itu pun depan Emak bapa murid sewaktu majlis penyampaian hadiah.

Dan bila masuk sekolah menengah pula,nak-nak bila tingkatan 4 itu mengambil
pula subjek sastera.Kalau zaman aku dulu,bermula dari tingkatan empat baru ada
subjek sastera.Zaman sekarang tingkatan satu dah ada.Bestnya orang sekarang.
Aku suka sangat subjek sastera dulu.Bila subjek sastera,hati bukan main lagi
berbunga-bunga.Langsung tak mengantuk.Bila subjek sastera,masa belajar itu
rasa macam sekejap saja.

Tapi,kalau subjek Matematik,masa bukan main panjang lagi.Sudahnya aku
dulu selalu mengantuk subjek matematik ini.Waktu sekolah menengah ini pula,
aku cuba-cuba belajar tulis cerpen suka-suka.Tulis untuk diri sendiri baca
sahaja.Itu pun cerpen sekerat jalan.Pernah juga kawan suruh tulis cerpen dan
hantar ke Majalah Sekolah.Mula-mula memang nak.Tulis-tulis punya tulis,idea
pula selalu hilang bila di perenggan yang seterusnya.

Oh ya,aku suka sangat menulis diari waktu sekolah menengah dulu.Tiap-tiap
tahun wajib ada diari baru.Dan yang menariknya,diari aku tiap-tiap tahun asyik
warna yang sama.Iaitu warna merah jambu.Dan mesti nak yang ada bunga-
bunga juga.

Bila dah suka menulis ini,aku selalu juga nak mengintai-intai acara,majlis ataupun
bengkel yang berkaitan dengan penulisan.Tapi selalu juga tak berkesempatan nak
pergi.Tapi,paling aku tak dapat lupa,bila aku pergi mengikuti satu bengkel penulisan
skrip filem yang dianjurkan oleh Finas beberapa tahun yang lalu dekat hotel Hilton
Kuching.Aku salah maklumat,sebenarnya.Itu pun kawan yang bagi tahu.Dia ingat
bengkel itu bengkel penulisan cerpen.Dia tahu aku suka menulis.Itu yang dia
cadangkan aku pergi.

Sampai dekat tempat bengkel itu diadakan (Hotel Hilton),aku tengok orang
semua yang dah berusia.Aku rasa aku seorang saja yang muda remaja.Sumpah,
tak tipu.Aku pun pelik dan hairan,kenapa yang muda-muda tak ada.Risik punya
risik,itu bengkel penulisan skrip filem dan bukannya bengkel penulisan cerpen.
Sudahlah aku tak kenal langsung orang dekat situ.Rasa macam orang asing sekali.
Aku nak balik pun tak boleh juga,sebab dah disuruh duduk itu ini.Siap dah diberi
minuman air mineral percuma lagi.Dalam hati aku kata,''tak apa,ada juga faedah
pergi bengkel macam ini,walaupun tak suka dan tak minat menulis skrip filem
segala bagai..''

Bila aku kenang-kenangkan waktu pergi bengkel itu,mesti aku senyum memanjang.
Walaupun lama sangat dah berlalu,tapi masih segar di ingatan.Nostalgia sungguh
aku rasa..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan