Mengenai Saya

Foto saya
Mencintai sastera, romantis, puitis, suka menulis dan sangat menghargai setiap momen dalam hidup.

31 Disember 2013

Mengenang 2013.

2013 bakal melabuhkan tirainya sebentar lagi. Jujurnya, sepanjang
2013 ini macam-macam yang berlaku. Ada yang mengembirakan hati, dan ada juga yang menguji hati. Untuk hati yang kadang-kadang mendung, apa saja yang perkara kecil yang memberi erti, umpama cahaya
matahari yang menyimbah diri.

2013 ini juga, Maya banyak membeli novel seperti tahun-tahun sebelumnya.
Tapi tahun ini lagi banyak. Buku-buku motivasi pun banyak juga. Ada juga
buku-buku sejarah dan motivasi. Disebabkan buku Maya semakin banyak,
penghujung Julai lalu, Maya pun membeli rak buku baharu. Rak buku Maya yang lama tak muat dah.

2013 ini juga, kira tahun aktif Maya menulis di blog ini. Kalau tahun lepas
langsung tak ada satu pun entri. Rasa bersalah juga apabila selalu membiarkan
blog berlumpur dan bersawang. Pada Maya, blog adalah jiwa.

2013 juga banyak filem yang Maya tonton. Tiap-tiap minggu memburu filem
di panggung. Mujur Maya ada kawan-kawan yang kaki wayang juga. Kebanyakannya
filem tempatan. Kalau filem Inggeris boleh dikira dengan jari. Dan Maya
juga masih meneruskan tradisi mengumpul tiket wayang.

2013, lagu yang paling Maya suka dengar ialah ''Sandiwara Cinta." Maya kalau
sehari tak dengar lagu itu mesti rasa lain macam. Lagu ni sedih kan? Hehe.

2013, kegilaan Maya membeli cekak rambut semakin menjadi-jadi dari 
tahun yang sudah-sudah. Sampai Maya berangan-angan apabila Maya kahwin
nanti, harap-harap Maya ada anak perempuan. Hehe. Dapat mewarisi cekak
rambut pula. Pada Maya, perempuan kalau pakai cekak rambut nampak
sangat manis. Dan Maya juga suka membeli gaun. Kalau tengok wayang, jalan
santai-santai suka nak pakai gaun. Kawan Maya kata, Maya ni terlebih ayu sekarang  Hehe. Dari dulu pun ayu juga. Suka pakai skirt.

2013 ini juga soalan yg paling banyak orang tanya ialah bila nak kahwin. Kalau balik
kampung itu merupakan soalan wajib.

28 Disember 2013

Dari Hati #23

''Untuk merindui masa lalu, saatnya 
sudah tidak sesuai lagi..''

Aku Peluk Malam Dalam Diam.























Aku peluk malam dalam diam. Di tepi jendela aku merenung malam
bersama rasa yang tak mampu diistilahkan. Aku lihat hujan Disember
turun menggila.

Sesekali seluruh alam cerah sesaat oleh pancaran kilat. Daun jendela
aku biarkan terbuka. Tempias dan deru angin galak menerpa.

Seringkali kita manusia mencari sesuatu ketika bumi dibasahi hujan.
Seolah-olah hujan menggugurkan kembali perasaan yang berterbangan
di langit Tuhan.

Di tepi jendela, aku berdoa dalam senyap. Perasaan kita tak pernah hilang.
Akhirnya tetap pulang, menyusup ke sanubari dan kita takkan sendiri lagi.

26 Disember 2013

Kepada Sekeping Hati.

















Kepada sekeping hati yang sepi
Mahukah aku bacakan puisi?
Agar kamu sedari, kamu bukannya sendiri
Kala kamu lelah menghitung hari.

Kepada sekeping hati yang bahagia
Bolehkah aku bertanya?
Jalan manakah yang membawa ku kepada cinta
Aku juga ingin rasa gembira.

Kepada sekeping hati yang rindu
Wajah siapakah yang selalu di hatimu?
Rindu pasti membawa mu ke masa lalu
Pada memori yang bisu dan beku.

20 Disember 2013

Dari Hati #22

''Aku tak mampu menjadi bidadari di 
singgah hatimu. Namun, aku punya cinta 
seindah bidadari untuk sempurnakanmu 
dengan cintaku..''

11 Disember 2013

11. 12. 2013 (Tarikh Cantik)

Tarikh hari ini sangat cantik!(11. 12. 2013) Senang diingat dan sangat indah untuk diabadikan. Jujurnya, hari bahagia Maya nanti, Maya pun nak pilih tarikh yang senang diingat dan cantik macam ni. Dan satu impian Maya, kahwin nanti nak pakai gaun pink dan selit bunga tepi telinga. Hehe.

5 Disember 2013

Tentang Puisi.




















Puisi kadang-kadang
Setiap butir kata itu kosong
Dari fikiran melayang
Di saat waktu sepi di malam hari.

Puisi kadang-kadang
Adalah kata-kata yang amat bermakna
Datang dari hati meluah rasa yang terendam.

Puisi kadang-kadang satu kebohongan
Sekadar menyisip ruang yang terluang
Membuang sisa dalam kefanaan.

Puisi tetap puisi
Lima huruf yang dipuja
Oleh setiap penyair dan pemuja.

Pada aku puisi itu memang indah
Pada waktu musim yang bertaruh
Pada kekosongan kata yang menterjemah
Sebuah lukisan makna.


1 Disember 2013

Hai, Disember!


















Hai, Disember! Moga lirikanmu menerbangkan aku ke puncak keindahan, dan semoga ada memori indah yang aku lakar serta simpan untuk dijadikan kenang-kenangan.