Mengenai Saya

Foto saya
Mencintai sastera, romantis, puitis, suka menulis dan sangat menghargai setiap momen dalam hidup.

31 Disember 2013

Mengenang 2013.

2013 bakal melabuhkan tirainya sebentar lagi. Jujurnya, sepanjang
2013 ini macam-macam yang berlaku. Ada yang mengembirakan hati, dan ada juga yang menguji hati. Untuk hati yang kadang-kadang mendung, apa saja yang perkara kecil yang memberi erti, umpama cahaya
matahari yang menyimbah diri.

2013 ini juga, Maya banyak membeli novel seperti tahun-tahun sebelumnya.
Tapi tahun ini lagi banyak. Buku-buku motivasi pun banyak juga. Ada juga
buku-buku sejarah dan motivasi. Disebabkan buku Maya semakin banyak,
penghujung Julai lalu, Maya pun membeli rak buku baharu. Rak buku Maya yang lama tak muat dah.

2013 ini juga, kira tahun aktif Maya menulis di blog ini. Kalau tahun lepas
langsung tak ada satu pun entri. Rasa bersalah juga apabila selalu membiarkan
blog berlumpur dan bersawang. Pada Maya, blog adalah jiwa.

2013 juga banyak filem yang Maya tonton. Tiap-tiap minggu memburu filem
di panggung. Mujur Maya ada kawan-kawan yang kaki wayang juga. Kebanyakannya
filem tempatan. Kalau filem Inggeris boleh dikira dengan jari. Dan Maya
juga masih meneruskan tradisi mengumpul tiket wayang.

2013, lagu yang paling Maya suka dengar ialah ''Sandiwara Cinta." Maya kalau
sehari tak dengar lagu itu mesti rasa lain macam. Lagu ni sedih kan? Hehe.

2013, kegilaan Maya membeli cekak rambut semakin menjadi-jadi dari 
tahun yang sudah-sudah. Sampai Maya berangan-angan apabila Maya kahwin
nanti, harap-harap Maya ada anak perempuan. Hehe. Dapat mewarisi cekak
rambut pula. Pada Maya, perempuan kalau pakai cekak rambut nampak
sangat manis. Dan Maya juga suka membeli gaun. Kalau tengok wayang, jalan
santai-santai suka nak pakai gaun. Kawan Maya kata, Maya ni terlebih ayu sekarang  Hehe. Dari dulu pun ayu juga. Suka pakai skirt.

2013 ini juga soalan yg paling banyak orang tanya ialah bila nak kahwin. Kalau balik
kampung itu merupakan soalan wajib.

2 ulasan:

  1. Selamat tahun baharu. Moga tahun 2014 lebih cemerlang.

    BalasPadam
  2. Terima Kasih Cikgu Helmi.Selamat Tahun Baru kembali.Semoga cikgu terus menulis.Dan semoga tahun ini semuanya baik-baik saja.

    BalasPadam