Mengenai Saya

Foto saya
Mencintai sastera, romantis, puitis, suka menulis dan sangat menghargai setiap momen dalam hidup.

3 Mei 2015

Pilot Cafe.



















Maya sudah menonton filem Pilot Cafe. Ia sebuah filem yang sangat menarik. Segalanya tentang cinta dan pengorbanan yang sangat menyentuh hati. Dan skripnya diolah kembali oleh pemilik asalnya, Ahadiat Akashah sendiri mengikut kesesuaian masa dan keadaan masa kini.

Babak paling menyentuh hati waktu Sharmila menemui Ameer di pilot cafe setelah sekian lama mereka tidak bertemu. Nangis Maya tengok babak ni. Alahai (hati tisu sungguh) Di situ Sharmila meluahkan segala-galanya. Oh ya, filem ini banyak imbas kembali sebenarnya.

Sekian, ini sahaja ulasan daripada Maya (Maya tak berapa pandai sangat ulas panjang-panjang) Hehe.

16 April 2015

Maaf Dan Memaafkan.



















Perkataan maaf dan memaafkan adalah  perkara yang mudah diungkapkan dengan kata-kata, tetapi sukar untuk kita melakukannya. Tidak perlu takut untuk meminta maaf apabila kita sedar kita berbuat salah. Memberi maaf juga satu amalan yang sangat mulia dan siapalah kita untuk tidak memberi maaf. Bersyukurlah kerana mereka menyedari kesilapan dan berani untuk meminta maaf. Jauhkan perasaan amarah, ego dan dendam kerana ia hanya akan membuatkan hati kita lebih sakit.

Meminta atau memberi maaf membuatkan hati kita lebihtenang. Ia penawar hati yang paling mujarab setiap kali kamu rasa keresahan. Justeru, wajah kita mudah mengukir senyuman dan ceria selalu kerana maaf yang  dipinta dan diberikan. Memaafkan kesalahan orang lain amat baik kerana ia boleh merapatkan silaturahim sesama kita.

Orang yang memberi maaf mudah dimakbulkan doanya di samping menjadikan dirinya lebih sabar dan reda. Kita menyedari bahawa tidak semua manusia yang sempurna dan juga diri kita sendiri. Jadi apa salahnya kita memaafkan kesalahan orang lain dan bersihkan hati daripada sifat benci dan juga dendam.

Dari Hati #29

Sampai masanya nanti, apabila kita dah bersatu, aku harap kamu jaga aku baik-baik dan setia selamanya.

8 April 2015

Bijaklah Berbelanja Di Zaman GST Ini.

Sewaktu menulis tentang GST ini, Maya sedang menonton Buletin Utama di TV3. Sebenarnya, banyak orang masih keliru tentang GST. Maya dulu pun keliru dan tak berapa nak faham sangat, tapi apabila dah selalu membaca dan rajin pula meng'google' tentang GST, barulah faham.

Menurut pakar-pakar ekonomi, kita akan melalui tempoh tiga tahun yang sukar kesan daripada rasionalisasi subsidi ini dengan pelaksanaan GST. Oleh sebab itu, kita kena bijak dan berbelanja secara berhemah. Beli apa yang perlu sahaja dan tidak berbelanja secara spontan. Harga barang dan juga perkhidmatan hanya dijangka kembali stabil selepas tiga tahun GST dilaksanakan.

Sejak GST dilancarkan 1 April 2015 yang lalu, apabila kita pergi kedai beli barang, kita mesti selalu dengar orang merungut tentang GST. Harga barang pun naik. Memang kita kena lebih berjimat cermat lepas ini.


7 April 2015

Mabukkan Kamu.

Ada orang mabuk arak
ada orang mabuk laut
ada orang mabuk naik bas
dan aku mabukkan kamu.


6 April 2015

Manusia Dan Harapan.



















Keseluruhan hidup kita adalah perjalanan. Perjalanan yang perlukan kenderaan. Kadang-kadang kenderaan rosak dan perlu kenderaan ganti. Ini jika bercakap tentang perjalanan daratan. Pelayaran di lautan luas juga demikian. Ombak badai boleh menyebabkan kapal karam. Ajal maut tidak menentu. Sepanjang jalan kita membawa harapan demi harapan yang bertukar ganti.

Di tengah bandar metropolitan juga lautan manusia tidak berhenti mengharap dan menunggu sesuatu yang datang dalam hidup. Si dara mengharap datangnya lelaki yang akan menyayangi dan melindunginya. Begitu juga lelaki menunggu dan mengharap jodoh datang melengkapkan kehidupan solo.

Seribu satu perkara yang diharap kita tiba dalam kehidupan. Adakah harapan yang berbeza itu betul-betul berbeza? Apabila semua yang kita harapkan betul-betul jadi kenyataan, telah puaskah hati kecil-kecil masing-masing?

Dari Hati #28

Aku tidak pernah menjanjikan untuk sebuah perasaan, namun aku dapat menjanjikan untuk sebuah kesetiaan.

Wanita Terbahagia ( Bunga Citra Lestari )



Jujur ku mengakui
Pantas ku beri
Seribu pujian buat kamu

Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia

Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia

Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Kamu ku yakin tahu
Ku yakin sama
Tujuanmu dengan tujuanku.


#KataHati : Lagu Wanita Terbahagia ini best sangat.Walaupun
agak santai,namun susunan muziknya yang dipadu unsur etnik,
selain diperkemaskan dengan bait liriknya yang kuat dan mendalam
menjadikannya begitu istimewa setiap kali didengar.


5 April 2015

Sakura.




Bunga sakura bermekaran di hatiku, hatiku hatimu jua.

Cara Mudah Untuk Kekal Cantik.


















Fasa baru dalam penulisan blog. Selalu Maya tulis tentang cinta, puisi dan kehidupan.
Tapi, kali ini dan masa akan datang, Maya banyak menulis tentang kecantikan pula.

Maya suka tengok orang cantik. Sebab Maya pun nak cantik juga. Hehe..Malam-malam
kan, kalau rasa malas nak pakai pelembab muka, Maya mesti nak kena baca majalah
dulu. Tengok orang cantik terus rasa ''gigih''nak pakai pelembab.Haha..

Setiap perempuan mengimpikan kulit yang cantik dan berseri sepanjang masa. Dan
setiap perempuan  juga memiliki kulit yang berbeza-beza. Tiada siapa pun yang
menginginkan kulit yang suram, gelap apa lagi tidak sekata.

Lupakan produk perawatan yang dikatakan mampu memutihkan kulit. Mungkin
ia memberi kesan sementara sahaja. Kita juga tidak boleh berlindung di sebalik
solekan. Jadi, apa kata gunakan bahan-bahan semula jadi untuk mencantikan kulit.

Pertama, buah limau nipis. Selain digunakan dalam bidang masakan, limau nipis
juga terkenal dalam bidang kecantikan. Sari buah ini dipercayai berguna untuk
cantik dan sihat. Air perahan limau nipis dipercayai dapat mengecilkan pori-pori
dan menghilangkan lebihan lemak pada kulit berminyak. Caranya, ambil isinya dan
sapu pada kulit wajah terutama sekitar hidung dan pipi yang besar pori-porinya. Gosok perlahan-lahan isinya pada wajah dan badan.

Kedua, aprikot. Ia banyak manfaatnya dalam bidang kecantikan. Ia sememangnya
kaya dengan vitamin semula jadi. Ia juga mengandungi vitamin A, C, E, zat besi,
potasium, niasin serta protein yang jarang didapati dalam buah-buahan yang lain.
Untuk melembapkan kulit, ambil isinya dan gosok dengan lembut ke wajah. Biarkan
selama 15 minit. Cuci dengan air suam. Lakukan pada setiap malam sebelum tidur.

Ketiga,tomato. Ia membantu menghaluskan dan melicinkan kulit. Lakukan lulur
atau skrub secara teratur iaitu sekali dalam seminggu atau dua minggu. Sel kulit
mati akan hilang dengan mudah.Ia mempercepatkan penggantian lapisan sel kulit
yang lebih muda. Kulit akan lebih segar dan bercahaya. Sapu pelindung matahari
jika keluar di siang hari.

Keempat, Sengkuang. Ia amat digemari oleh mereka yang sering mengamalkan
kecantikan semula jadi. Sengkuang yang dijadikan masker dipercayai dapat
mencerahkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam serta pigmentasi kulit.

Kelima, kentang. Ia mengandungi banyak khasiat dalam bidang kecantikan. Kentang
dipercayai dapat membantu melembut dan mencerahkan kulit secara semula jadi. Kita boleh jadikan masker untuk mendapatkan khasiatnya.

Sekian, coretan daripada Maya tentang kecantikan buat kali ini. Nak cantik jangan malas tau! Hehe.


4 April 2015

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.


























Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck telah menambat Maya ke dimensi pemikiran, cinta, perasaan dan budaya melalui tumpahnya sastera Buya Hamka. Gagasan
ilmu disinergikan denga alunan bahasa, diadun dengan sosial yang mendesak
perubahan segera, malah kesilapan memahami nilai kehidupan dijahit secara halus
melalui setiap dialog novel ini.

Karya sastera yang tinggi martabatnya, mesej disulam secara bijaksana dan
akhirnya ia bukan sekadar sebuah cerita. Pengadaptasian tidak semestinya
lengkap, namun untuk mengangkat sebuah karya agung, biar segar tidak ditelan
zaman, maka mengadaptasikan dianggap satu pengiktrifan dan penghormatan
sebenar terhadap sastera.

''Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan
tangis sedu-sedan..''


26 Mac 2015

Manis.

Malam semalam kita bersua lagi di alam mimpi
kamu riang ketawa buat aku tersenyum suka
ah, kan manis begitu selamanya.