Mengenai Saya

Foto saya
Mencintai sastera, romantis, puitis, suka menulis dan sangat menghargai setiap momen dalam hidup.

13 Januari 2014

Dari Hati #25

''Dahulu, kita pernah punya bait-bait rindu.
Sekarang, Kita hanya ada kenangan masa 
lalu berserta hujan yang merubahnya menjadi 
pilu..''

11 Januari 2014

11 Januari - Gigi.

Sebelas januari
Menjalani kisah cinta ini
Naluri berkata
Engkaulah milikku..

9 Januari 2014

Dari Hati #24

''Aku tahu, kelak kamu akan punya 
sebuah rumah yang ceria. Entah aku 
yang akan menemani, atau aku hanya 
berkunjung sebagai tetamu..''

8 Januari 2014

Maya Ada Bakat Menulis?

Wah, lain macam bunyi tajuk entri Maya kali ini. Bukan apa, kawan-kawan Maya kata, Maya ada bakat dalam menulis. Cuma bakat itu tak diketengahkan.
Malah cikgu Bahasa Melayu Maya kat sekolah dulu pun cakap Maya memang
berbakat dalam menulis.

Jujurnya, Maya memang suka menulis. Nak lagi menulis puisi. Maya
pun tak tahu, macam mana Maya berbakat menulis puisi. Mungkin sebab Maya suka membaca puisi. Dulu, Maya pernah bercita-cita nak jadi penulis,
jadi Editor Majalah lah. Dan Maya sangat mencintai sastera.

Pada Maya, untuk menulis sesebuah karya itu memerlukan semangat
yang jitu, masa juga memainkan peranan. Tengok Maya dah mula berdalih
macam-macam tentang menulis. Pendek cerita, Maya ini tak sungguh-sungguh pun kan?

Bab-bab menulis cerpen ni, Maya selalu juga menulis. Tapi,
cerpen yang Maya tulis itu tak pernah siap-siap pun. Dah elok Maya tulis perenggan
pertama dan kedua, Maya selalu hilang idea di perenggan ketiga dan seterusnya.
Memang begitulah yang selalu terjadi. Jadi cerpen itu pun tersadai begitu saja.

Dan salah satu azam Maya tahun ini ialah nak menulis sebuah cerpen. Maya tak
nak cakap tulis banyak. Cukup hanya sebuah saja. Maya ingat nak hantar ke
mana-mana Majalah. Harap-harap semuanya menjadi kenyataan.




5 Januari 2014

Bicara Azam Tahun Baru.

Sudah lima hari kita berada dalam tahun baru 2014. Rasanya belum
terlambat lagi untuk berbicara tentang azam. Sesungguhnya, apabila
tahun baru menyapa, tentu ramai antara kita yang menanam
azam baru.

Kata orang ,azam boleh membuatkan kita rasa lebih yakin untuk 
melangkah ke hadapan.cIa bagaikan inspirasi dan juga motivasi. Setiap tahun kita pasti menanam azam. Tapi, azam 
yang ditanam itu tak semua kesampaian. Malah ada juga yang tak tumbuh 
sebagai benih. Yang tinggal hanya jejak tanpa tunas, tanpa hasil.

Bagi azam yang telah tercapai, ia satu keindahan dalam kenangan
yang akan diabadikan. Mungkin sebagai jalan penerus untuk 
memperjuangkan azam yang seterusnya.

Azam Maya tahun ini ingin lebih berjimat cermat dalam berbelanja.
Nak kahwin. Hehe. Mudah-mudahan dipertemukan dengan jodoh 
yang baik dan memahami. Amin.

2 Januari 2014

Diari.




















Diari tahun baru kamu buka
Lembarnya tidak tercatat apa-apa
Huruf dan aksaranya belum mampu bicara
Pena dan tintanya masih diam seribu bahasa.

Selak lembarannya dan mulakanlah lakar
Dengan kata-kata menghiasi sebuah ceritera
Kerana tahun baru ini akan menghadiahkanmu
Tentang babak suka dan episod duka.

Selamat Tahun Baru 2014.



Entri ini lewat sehari dari sambutan tahun baru 2014. Tapi, Maya kira
masih ada masa lagi untuk Maya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014.

Cepat sungguh masa berlalu. Musim berganti, menghembus angin segar
dalam perubahan gaya hidup, dan memberi semangat baru yang mungkin
berbeza daripada biasa.

Tentunya setiap daripada kita mempunyai cita-cita, impian dan harapan
yang tinggi tatkala tahun baru menyapa. Dan semoga kita sentiasa mendapat
lebih rezeki, kesihatan yang baik, dan merancang perbelanjaan dengan lebih
teratur.

Menginjak 2014 ini juga, Tahun Baru bak bunga yang putiknya baru
bercambah. Wangiannya seharum kasturi dan kanvasnya seputih salju. Tiada titik hitam mahupun catatan di permukaannya.

Nikmatilah dalam-dalam agar auranya meresap ke sanubari. Arakian, ini 
adalah detik untuk kita membuka jendela baru dalam jejak langkah kita 
seterusnya.

Sesungguhnya juga, tempo tahun baru ini ada di tangan dan kaki kita yang
menari-nari. Lambat atau cepat, perlahan atau taufan, kita jua jauhari yang
menentukan kehidupan.