Mengenai Saya

Foto saya
Mencintai sastera, romantis, puitis, suka menulis dan sangat menghargai setiap momen dalam hidup.

25 November 2014

Hari Dan Kita.

Pada hari yang kita tidak dapat bersua
kerana jarak yang memisahkan
masa-masa yang berkejaran
aku mohon kamu simpan
hari itu di lain kesempatan.




24 November 2014

Menghitung Bintang.

Menghitung bintang berdua itu romantis kan? Kerana bintang itu hanya
mampu dihitung, namun amat mustahil untuk digapai.




23 November 2014

Majalah Intrend Yang Sangat Puitis.







































Selain daripada suka membaca buku, novel dan bahan bacaan yang lain, Maya juga sangat suka membaca majalah. Sangat suka! Sebut saja majalah
berbahasa melayu di Malaysia, Maya yakin boleh tahu semua. Bunyi macam
berlagak pula. Hehe..Banyak manfaat yang kita dapat apabila membaca majalah
sebenarnya. Banyak tip kecantikan, perhubungan cinta, perkahwinan, kewangan, cerpen, hiasan dalaman, fotografi dan macam-macam lagi yang kita boleh tahu.

Daripada suka membaca majalah juga Maya dapat tahu yang Cikgu Helmi Ahmad
seorang yang banyak menulis cerpen. Tiba-tiba jumpa blog dia dulu melalui blog
seorang blogger yang ada Maya follow. Suka membaca semua cerpen dia dalam majalah
dan akhbar.

Berbalik kepada tajuk entri ini,''Majalah Intrend Yang Sangat Puitis."Ya, majalah
Intrend sangat puitis bahasanya. Sungguh! Walaupun gayanya agak urban, tetapi
apabila diselak helaian demi helaian, kita akan terpesona dengan lenggok bahasanya.
Maya tak pernah curang dengan majalah Intrend. Saban bulan Maya pastikan yang Maya akan memilikinya.

Maya juga ada beberapa kali berkomunikasi dengan Kak Rosie Haslinda Nasir ( Editor Majalah
Intrend ) melalui email. Baik orangnya. Rajin membalas email. Maya kata, yang Maya kagum dengan tulisan dia. Maya selalu berangan-angan, seandainya Maya dapat
menulis dengan bahasa seindah Kak Rosie, alangkah beruntungnya Maya. Tulisannya
sungguh puitis, berinformasi dan tentunya menggamit pembaca untuk menyelak ke
halaman seterusnya. Bahasa itu indah. Mengagumi bahasa Melayu tak bererti Maya
melupakan bahasa bangsa sendiri (bahasa Iban) Tidak sama sekali.

Ruangan fesyen dan kecantikan dalam majalah ini pun ditulis dalam bahasa yang puitis. Begitu juga ruangan yang lain. Dan tentunya tulisan
Faisal Tehrani dalam ruangan Mutiara Kata antara ruangan yang menarik untuk
dibaca. Tulisan beliau pun puitis juga. Haih, pendek cerita, semua ruangan puitis.

Sejujurnya, Maya sangat teruja membaca setiap bait kata yang ditulis oleh semua
warga kerja Intrend. Harapan Maya, Semoga majalah ini (majalah Intrend) terus berada di pasaran.


21 November 2014

Dari Hati #27

''Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah.."

20 November 2014

Ada Apa Dengan Cinta 2014.

''Kerana cinta, waktu terbahagi dua" -Rangga, Ada Apa Dengan Cinta 2014.





19 November 2014

Cinta Fansuri - A. Samad Said.

''Cinta pertama itu tetap unggul, mencakar-cakar kerinduan dan kenangan, menyembunyikan kerahsiaan dan keanehannya. Dan akhirnya menjadi sukar
dimengerti apalagi disambung"- Cinta Fansuri, A.Samad Said.

18 November 2014

Tiada Yang Sempurna.
























Manusia, hati, emosi dan perasaan. Sesuatu yang sentiasa berubah. Lebih rapat
kita dengan seseorang, lebih cuba mengenalinya dengan lebih mendalam, semakin banyak yang kita tak faham kadang-kadang. Semakin kita tak kenal
siapa dia.

Kita tahu tiada yang sempurna. Tetapi tetap mengharap seseorang itu menjadi
sempurna. Impian kita tak pernah sama dengan kenyataan.

Kalau kita mahu kesempurnaan pada orang lain, sedangkan sudah kita tahu
kekurangannya, maka kitalah yang harus menyempurnakan yang kurang itu.

17 November 2014

Bila Hati Berbicara.


























''Bila Hati Berbicara." Drama ini ditayangkan di TV3 untuk Slot Akasia.
Diterbitkan Suhan Movies milik pelakon Rosyam, drama ini ada 32 episod.
Sekarang ini baru 12 episod dah ditayangkan. Jujurnya, banyak-banyak slot
drama di TV3, Maya paling suka drama Slot Akasia.

Drama ini adaptasi dari novel juga. Novel terbitan Buku Prima. Maya belum
lagi memiliki novel ini. Kiranya waktu ini tengah dalam fasa nak memilikinya. Dan Maya juga sudah membaca review novel ini. Menarik juga sebenarnya. Maya kan suka membaca novel. Hehe.

Secara ringkasnya, drama ini tentang dilema cinta dua hati. Ia mengisahkan
percintaan dua insan yang berasal dari latar belakang yang berbeza. Emir
Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat
mementingkan darjat dan keturunan, manakala Tania Kastura (Atikah Suhaime)
seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan.

Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania tinggal
untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk
di situ yang diketuai oleh Tania. Demi mengambil hati Tania supaya dapat
memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada syarikatnya, Emir telah
menawarkan kerja kepada Tania.

Seiring masa berlalu, selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah seorang
gadis yang sangat istimewa. Namun, Emir menafikan dia jatuh cinta pada Tania
kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk menjadi isterinya kerana
perbezaan darjat.

Emir memperkenalkan Tania kepada sahabat baik yang juga pembantunya,
Badri Fathul (Hafreez Adam) Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan
ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah memerangkap
Tania supaya berkahwin dengan dia setelah tercabar dengan Badri yang juga
mahu menawan hati Tania.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam
Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania. Taufik berdendam kerana tidak
dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Babe  (Raja Ilya) juga berpakat
dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania.




















Gambar di atas adalah salah satu babak dalam drama ini. Dua jejaka berebut
cinta seorang gadis. Encik Emir Qasya dan Encik Badri Fathul yang hensem itu. Hehe..



16 November 2014

Ada Apa Dengan Cinta 2014.


















''Ada Apa Dengan Cinta 2014." Maya suka sangat menonton drama mini ini.
Banyak kali juga Maya tengok sejak seminggu yang lalu. Menonton drama mini
ini betul-betul menggamit memori. Memori waktu tergila-gilakan filem''Ada
Apa Dengan Cinta''dulu. Waktu itu filem Indonesia masih ada ditayangkan
di Malaysia.

''Ada Apa Dengan Cinta 2014''dibawakan oleh LINE. Menontonnya dalam
masa sepuluh minit pun dah buat Maya rasa teruja! Ia bermula
dengan babak di New York. Rangga digambarkan sebagai wartawan di Amerika
Syarikat, manakala Cinta pula meneruskan kehidupan di syarikat penerbitan
majalah di Jakarta.

Setelah beberapa tahun kisah romantik mereka terhenti, Rangga tiba-tiba
menerima arahan membuat tugasan di tanah airnya, Jakarta. Kebetulan itu yang
mendorong Rangga mencuba nasib menghubungi Cinta.

''Detik tidak pernah melangkah mundur. Tapi kertas putih ini selalu ada. Untuk
semua pertanyaan yang belum sempat terjawab" -Rangga.

''Waktu tidak pernah melangkah mundur. Dan hari tidak pernah terulang. Tetapi
pagi selalu menawarkan cerita yang baru" -Cinta.

15 November 2014

Rindu Nak Menulis Di Sini.

Malam ini, Maya tiba-tiba rindu nak menulis di sini. Rindu sesungguhnya! Kalau dapat Maya putarkan masa, Maya nak setiap kisah dan momen-momen manis
di bulan-bulan yang telah berlalu itu Maya abadikan di sini. Tapi, sebetulnya Maya rajin dan semangat apabila update atau menulis di Facebook. Juga 
tweet di Twitter. Itu pun Maya kira menulis juga.

Kadang-kadang juga, terdapat banyak kata-kata yang tak dipetik, dibiarkan 
ranum di dahan hati, lalu akhirnya gugur ke bumi. Terbuang begitu saja.
Ya, begitulah diibaratkan.

Maya harap, lepas ni Maya lebih rajin dan bersemangat untuk menulis di sini.
I love blog! Blog itu jiwa.