Mengenai Saya

Foto saya
Mencintai sastera, romantis, puitis, suka menulis dan sangat menghargai setiap momen dalam hidup.

17 November 2014

Bila Hati Berbicara.


























''Bila Hati Berbicara." Drama ini ditayangkan di TV3 untuk Slot Akasia.
Diterbitkan Suhan Movies milik pelakon Rosyam, drama ini ada 32 episod.
Sekarang ini baru 12 episod dah ditayangkan. Jujurnya, banyak-banyak slot
drama di TV3, Maya paling suka drama Slot Akasia.

Drama ini adaptasi dari novel juga. Novel terbitan Buku Prima. Maya belum
lagi memiliki novel ini. Kiranya waktu ini tengah dalam fasa nak memilikinya. Dan Maya juga sudah membaca review novel ini. Menarik juga sebenarnya. Maya kan suka membaca novel. Hehe.

Secara ringkasnya, drama ini tentang dilema cinta dua hati. Ia mengisahkan
percintaan dua insan yang berasal dari latar belakang yang berbeza. Emir
Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat
mementingkan darjat dan keturunan, manakala Tania Kastura (Atikah Suhaime)
seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan.

Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania tinggal
untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk
di situ yang diketuai oleh Tania. Demi mengambil hati Tania supaya dapat
memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada syarikatnya, Emir telah
menawarkan kerja kepada Tania.

Seiring masa berlalu, selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah seorang
gadis yang sangat istimewa. Namun, Emir menafikan dia jatuh cinta pada Tania
kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk menjadi isterinya kerana
perbezaan darjat.

Emir memperkenalkan Tania kepada sahabat baik yang juga pembantunya,
Badri Fathul (Hafreez Adam) Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan
ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah memerangkap
Tania supaya berkahwin dengan dia setelah tercabar dengan Badri yang juga
mahu menawan hati Tania.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam
Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania. Taufik berdendam kerana tidak
dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Babe  (Raja Ilya) juga berpakat
dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania.




















Gambar di atas adalah salah satu babak dalam drama ini. Dua jejaka berebut
cinta seorang gadis. Encik Emir Qasya dan Encik Badri Fathul yang hensem itu. Hehe..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan