Mengenai Saya

Foto saya
Mencintai sastera, romantis, puitis, suka menulis dan sangat menghargai setiap momen dalam hidup.

12 Mac 2014

Tragedi MH370 Kuala Lumpur-Beijing.


























Jujur. Maya mengikuti sangat berita tentang kehilangan pesawat MH370 ini.
Mengikuti dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Tak tahu kenapa
sedih sangat dengan tragedi ini, walaupun hakikatnya seorang yang dalam
pesawat itu langsung Maya tak kenali. Kita manusia punya hati dan
perasaan kan?

Lebih empat hari sudah berlalu sejak Boeing 777 hilang daripada radar
dalam tempoh sejam pertama sebaik bertolak dari Kuala Lumpur menuju
ke Beijing yang kelazimannya mengambil masa 6 jam, namun pesawat
MH370 itu masih belum lagi dijumpai.

Teringat Maya kata-kata pembaca berita buletin utama dua hari yang lalu. Katanya, pihak berkuasa mengibaratkan kehilangan MH370 adalah
sebagai misteri yang tidak pernah berlaku.

Sesungguhnya juga, setiap seorang daripada 227 penumpang dalam pesawat
MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi sabtu lalu mempunyai kisah unik
mereka tersendiri, tidak kira nama, kewarganegaraan dan umur.
Antaranya, lelaki pertengahan umur warga Australia yang minat mengembara.
Pelukis kaligrafi dari China yang berkunjung ke Malaysia dan ingin balik ke
negara asal mereka semula. Pemuda Indonesia yang mahu memulakan kerjaya
baharu. Maya percaya besar harapannya yang ingin memulakan kerjaya baharu di bumi
Beijing itu. Memulakan kontrak selama tiga tahun dengan syarikat perkhidmatan
cari gali minyak, Schlumberger.

Selain itu, kisah dua orang penumpang yang menggunakan passport palsu. Oh ya, kisah
mereka berdua ini hebat diperkatakan semalam. Kata kawan Maya, payah sungguh nak
menyebut nama mereka dua ini. Maya pula nak gelak bila dia kata begitu. Dan kata
buletin utama semalam, mereka berdua ini bukan pengganas.

Umum mengetahui, dalam pesawat itu juga ada 12  krew yang kesemuanya
warganegara Malaysia dari berbilang bangsa. Dan seramai 38 orang warga
Malaysia juga. Ada yang ingin pergi berbulan madu, pergi sebab berkursus, pergi
sebab bekerja sebagai setiausaha kedua ekonomi di Kedutaan Malaysia di
Beijing dan macam-macam lagi.

Penumpang dalam laluan yang popular sebagai destinasi pelancongan dan
perniagaan itu kebanyakannya dari China dan Malaysia
 Selain penumpang
dari negara lain dari pelusuk rantau dunia termasuk Amerika, Australia, India,
Perancis, Indonesia, Ukraine dan negara lain.

Sesetengah mereka hanya menaiki pesawat itu berseorangan. Ada yang dalam
kumpulan besar dan kecil. Antara mereka adalah pasangan kekasih dan warga
tua. Mungkin ada sesetengah mereka waktu itu sedang memikirkan mengenai
perniagaan, kesenian, barangkali.

Dan Maya seorang yang sangat sentimental. Suka mengabadikan sesuatu dari
sisi yang berbeza. Maya percaya, besar harapan setiap daripada mereka ingin sampai
ke destinasi yang dituju. Nak-nak lagi kalau itu adalah kunjungan pertama kali
ke bumi Beijing. Maya berdoa, semoga pesawat MH370 itu selamat dijumpai
dan semoga ada keajaiban yang akan berlaku.

2 Mac 2014

Maya Seorang Pencinta Kucing.


























Maya seorang pencinta kucing. Suka kucing sejak kanak-kanak lagi. Oh ya, kucing di atas ialah kucing milik pelakon Christina Suzane. Maya
ambil dari twitter dia sebab Maya suka sangat tengok mukanya yang comel (comel dan sedih semacam. Hehe).