Mengenai Saya

Foto saya
Mencintai sastera, romantis, puitis, suka menulis dan sangat menghargai setiap momen dalam hidup.

5 April 2015

Cara Mudah Untuk Kekal Cantik.


















Fasa baru dalam penulisan blog. Selalu Maya tulis tentang cinta, puisi dan kehidupan.
Tapi, kali ini dan masa akan datang, Maya banyak menulis tentang kecantikan pula.

Maya suka tengok orang cantik. Sebab Maya pun nak cantik juga. Hehe..Malam-malam
kan, kalau rasa malas nak pakai pelembab muka, Maya mesti nak kena baca majalah
dulu. Tengok orang cantik terus rasa ''gigih''nak pakai pelembab.Haha..

Setiap perempuan mengimpikan kulit yang cantik dan berseri sepanjang masa. Dan
setiap perempuan  juga memiliki kulit yang berbeza-beza. Tiada siapa pun yang
menginginkan kulit yang suram, gelap apa lagi tidak sekata.

Lupakan produk perawatan yang dikatakan mampu memutihkan kulit. Mungkin
ia memberi kesan sementara sahaja. Kita juga tidak boleh berlindung di sebalik
solekan. Jadi, apa kata gunakan bahan-bahan semula jadi untuk mencantikan kulit.

Pertama, buah limau nipis. Selain digunakan dalam bidang masakan, limau nipis
juga terkenal dalam bidang kecantikan. Sari buah ini dipercayai berguna untuk
cantik dan sihat. Air perahan limau nipis dipercayai dapat mengecilkan pori-pori
dan menghilangkan lebihan lemak pada kulit berminyak. Caranya, ambil isinya dan
sapu pada kulit wajah terutama sekitar hidung dan pipi yang besar pori-porinya. Gosok perlahan-lahan isinya pada wajah dan badan.

Kedua, aprikot. Ia banyak manfaatnya dalam bidang kecantikan. Ia sememangnya
kaya dengan vitamin semula jadi. Ia juga mengandungi vitamin A, C, E, zat besi,
potasium, niasin serta protein yang jarang didapati dalam buah-buahan yang lain.
Untuk melembapkan kulit, ambil isinya dan gosok dengan lembut ke wajah. Biarkan
selama 15 minit. Cuci dengan air suam. Lakukan pada setiap malam sebelum tidur.

Ketiga,tomato. Ia membantu menghaluskan dan melicinkan kulit. Lakukan lulur
atau skrub secara teratur iaitu sekali dalam seminggu atau dua minggu. Sel kulit
mati akan hilang dengan mudah.Ia mempercepatkan penggantian lapisan sel kulit
yang lebih muda. Kulit akan lebih segar dan bercahaya. Sapu pelindung matahari
jika keluar di siang hari.

Keempat, Sengkuang. Ia amat digemari oleh mereka yang sering mengamalkan
kecantikan semula jadi. Sengkuang yang dijadikan masker dipercayai dapat
mencerahkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam serta pigmentasi kulit.

Kelima, kentang. Ia mengandungi banyak khasiat dalam bidang kecantikan. Kentang
dipercayai dapat membantu melembut dan mencerahkan kulit secara semula jadi. Kita boleh jadikan masker untuk mendapatkan khasiatnya.

Sekian, coretan daripada Maya tentang kecantikan buat kali ini. Nak cantik jangan malas tau! Hehe.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan