Mengenai Saya

Foto saya
Mencintai sastera, romantis, puitis, suka menulis dan sangat menghargai setiap momen dalam hidup.

8 Ogos 2019

Aku, Kamu Dan Bintang.

Kalau dapat kupetik bintang di langit, kan kuhadiahkan buat menerangi hari-harimu.

7 Ogos 2019

Ilmu Itu Tidak Terbatas.

Sebab ilmu itu tidak terbatas. Akan terus selalu bertambah dan begitu amat luas. Yang terbatas hanyalah keinginan kita. Sejauh mana dan sampai mana keinginan kita ingin menimba ilmu itu. Jika sudah merasa cukup, maka cukup. Jika belum, barulah itu yang disebut dengan pencarian ilmu tanpa batas.

Ilmu adalah hal yang sangat penting dalam kehidupan. Kamu tahu? Perlu ilmu dalam menjalani hidup, sebab mencari ilmu itu adalah ibadah. Ketika kamu mencari ilmu, secara tidak langsung, kamu telah menempuh jalan untuk mempermudahmu ke syurga. Tuhan sangat mencintai orang-orang yang menuntut ilmu dan selalu berada di jalan-Nya.

6 Ogos 2019

Hai, Blog Yang Dirindui!

Hai, blog yang dirindui! (setelah sekian purnama) Maafkan Maya kerana lama sangat tak menulis kat sini. Sejak wujudnya facebook, twitter dan instagram, Maya seakan-akan lupakan kamu, kan blog? Apa pun, Maya janji, Maya akan selalu ke sini.

Oh ya, apa khabar semua! Pejam celik, pejam celik, kita sudah memasuki bulan August (dah enam hari dalam bulan August) August sinonim dengan bulan kemerdekaan. Moga sejarah dihayati, pengorbanan orang terdahulu dihargai. Juga Maya doakan kita sentiasa bahagia, gembira dan positif hendaknya. Amin.

3 Mei 2015

Pilot Cafe.



















Maya sudah menonton filem Pilot Cafe. Ia sebuah filem yang sangat menarik. Segalanya tentang cinta dan pengorbanan yang sangat menyentuh hati. Dan skripnya diolah kembali oleh pemilik asalnya, Ahadiat Akashah sendiri mengikut kesesuaian masa dan keadaan masa kini.

Babak paling menyentuh hati waktu Sharmila menemui Ameer di pilot cafe setelah sekian lama mereka tidak bertemu. Nangis Maya tengok babak ni. Alahai (hati tisu sungguh) Di situ Sharmila meluahkan segala-galanya. Oh ya, filem ini banyak imbas kembali sebenarnya.

Sekian, ini sahaja ulasan daripada Maya (Maya tak berapa pandai sangat ulas panjang-panjang) Hehe.

16 April 2015

Maaf Dan Memaafkan.



















Perkataan maaf dan memaafkan adalah  perkara yang mudah diungkapkan dengan kata-kata, tetapi sukar untuk kita melakukannya. Tidak perlu takut untuk meminta maaf apabila kita sedar kita berbuat salah. Memberi maaf juga satu amalan yang sangat mulia dan siapalah kita untuk tidak memberi maaf. Bersyukurlah kerana mereka menyedari kesilapan dan berani untuk meminta maaf. Jauhkan perasaan amarah, ego dan dendam kerana ia hanya akan membuatkan hati kita lebih sakit.

Meminta atau memberi maaf membuatkan hati kita lebihtenang. Ia penawar hati yang paling mujarab setiap kali kamu rasa keresahan. Justeru, wajah kita mudah mengukir senyuman dan ceria selalu kerana maaf yang  dipinta dan diberikan. Memaafkan kesalahan orang lain amat baik kerana ia boleh merapatkan silaturahim sesama kita.

Orang yang memberi maaf mudah dimakbulkan doanya di samping menjadikan dirinya lebih sabar dan reda. Kita menyedari bahawa tidak semua manusia yang sempurna dan juga diri kita sendiri. Jadi apa salahnya kita memaafkan kesalahan orang lain dan bersihkan hati daripada sifat benci dan juga dendam.

Dari Hati #29

Sampai masanya nanti, apabila kita dah bersatu, aku harap kamu jaga aku baik-baik dan setia selamanya.

8 April 2015

Bijaklah Berbelanja Di Zaman GST Ini.

Sewaktu menulis tentang GST ini, Maya sedang menonton Buletin Utama di TV3. Sebenarnya, banyak orang masih keliru tentang GST. Maya dulu pun keliru dan tak berapa nak faham sangat, tapi apabila dah selalu membaca dan rajin pula meng'google' tentang GST, barulah faham.

Menurut pakar-pakar ekonomi, kita akan melalui tempoh tiga tahun yang sukar kesan daripada rasionalisasi subsidi ini dengan pelaksanaan GST. Oleh sebab itu, kita kena bijak dan berbelanja secara berhemah. Beli apa yang perlu sahaja dan tidak berbelanja secara spontan. Harga barang dan juga perkhidmatan hanya dijangka kembali stabil selepas tiga tahun GST dilaksanakan.

Sejak GST dilancarkan 1 April 2015 yang lalu, apabila kita pergi kedai beli barang, kita mesti selalu dengar orang merungut tentang GST. Harga barang pun naik. Memang kita kena lebih berjimat cermat lepas ini.